Powered by Blogger.

Wednesday, April 4, 2012

MOTIVASI BERSAMA STAROBA HOCKEY

STAROBA HOCKEY kembali ke Alma Mater. Alhamdulillah, seramai tujuh belas bekas pemain hoki STAR telah berkampung selama dua hari di STAR bagi menjayakan Program Mentoring Hockey STAROBA kepada pemain-pemain hoki STAR. Seramai 30 pemain hoki STAR telah terlibat dalam program yang diadakan pada 31 Mac hingga 1 April 2002. Program berlangsung di Padang Hoki Sultan Azlan Shah dan juga di STAR sendiri.

Antara program yang telah dilaksanakan adalah latihan asas pelajar junior, sesi motivasi serta perlawanan persahabatan. Dalam sesi motivasi yang diadakan, seramai tiga orang STAROBA telah mencurahkan pengalaman serta berkongsi pengalaman bersama para pemain. 



Iskandar Rasydan menekankan tentang pentingnya WINNING MENTALITY. Beliau menasihatkan para pemain supaya sentiasa memiliki keinginan untuk menang dan menang pada setiap kejohanan yang disertai. Mengambil cntoh pasukan CANADA yang berjaya muncul antara pasukan terbaik dunia kerana memiliki WINING MENTALITY yang tinggi.


Brother Nasrun pula dalam perkongsiannya menekankan perlunya GILA HOKI disemaisubur dalam setiap diri pemain hoki. Menyorot sedikit pengalaman yang dimiliki, kerana GILA HOKI beliau masih bermain hingga ke hari ini. Beliau sanggup meminjam kayu hoki kepunyaan guru hoki nya setiap hari semata-mata kerana gilakan hoki. 


Manakala Brother Amirul pula menekankan tentang soal disiplin latihan pemain amat penting untuk membentuk pasukan yang kuat. Begitu juga beliau turut mengulangi komitmen STAROBA HOKI untuk membantu sekolah dalam mengembalikan kegemilangan sukan ini. 

Terima kasih buat semua STAROBA HC yang turun kali ini. Moga program seumpama ini akan sentiasa diadakan bagi mengeratkan lagi perhubungan antara bekas pemain dengan pemain yang sedia ada.


Antara STAROBA Hockey generasi baru yang turut hadir.







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

1 comments:

Isss said...

Canada tu nak kata terbaik dunia takdalah terer sangat. Jauh la jugak nak banding Jerman, Australia, Belanda, Sepanyol etc etc tu. Tapi bila dia layak ke Olimpik/Piala Dunia, dia bukan setakat layak untuk main, dia betul-betul nak bertanding. Dan tiap kali dia layak ke Olimpik/Piala Dunia, dia selalunya layak sebagai Juara Pan America. Kalahkan Argentina lagi tu. Pasal tu dia ada Winners Mentality - dia layak sebagai juara. Attitudenya pun positif. Semangat juangnya & keyakinan dengan diri sendirinya juga tinggi. Pasal tu saya kagum dengan pasukan ni.

Dan kenapa saya suka nak kaitkan Canada dgn STAR:

1. Dia tak banyak sokongan. Persatuannya tak banyak duit pun. Kemudahan hoki pun tak mewah mcm kat negara kita. Pergi tournament pun sanggup top up duit sendiri. Ada setengah sekolah tu, berlatih kat turf tiap-tiap hari. STAR nak pakai bas sekolah untuk training kat turf pun kekadang berebut dengan program lain. Jersi pun korang sanggup beli sendiri. Nasib baik ada padang. Sekarang dah hijack Volleyball Court pulak.

2. Pemain mereka tak berlatih sepenuh masa macam adalah satu negara tu. Macam pemain hoki negara orang putih lain jugak, ada pekerjaan/karier tapi sangat berdisiplin membahagikan masa untuk latihan atau permainan. Budak STAR bukan kerjanya main hoki pagi petang siang malam tapi ada homework, school project, school program etc. Jadi kena ada disiplin dan dedikasi utk bahagikan masa antara pelajaran, kawan, keluarga dan permainan. Itu yg menjadikan kita lebih balanced. (tak macam satu negara tu)

3. Pemainnya beberapa kerat aje yang berkemahiran tinggi dan main di negara luar. Tapi itulah teras utama, walaupun skillful, mereka tetap utamakan kerja berpasukan. Permainan mereka simple aje. Budak STAR adalah beberapa kerat yang berpeluang berlatih di luar. Ada juga sejarah beberapa orang yang main untuk Perak. Jadikan pengalaman dan kemahiran mereka sebagai kekuatan utama pasukan tapi yang paling penting tetap permainan berpasukan.

4. Akhir sekali kedua-duanya pakai bendera merah putih. Jersi pun Merah/Hitam/Putih ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...