Powered by Blogger.

Sunday, June 24, 2012

KEJOHANAN HOKI BANDARAYA IPOH/MILO : STAR JUNIOR B KE SUKU AKHIR

Kelab Hoki STAR telah menghantar tiga buah pasukan untuk menyertai Kejohanan Hoki Bandaraya Ipoh/Milo 2012 bertempat di Padang Ipoh, Ipoh. Tiga pasukan tersebut ialah STARIAN HC yang bertanding dalam kategori bawah 18, dan STAR Junior A dan STAR Junior B dalam kategori B 15 tahun. Berikut merupakan keputusan yang melibatakan STAR.

1. Bawah 18 Tahun

STARIAN HC vs TBSS Elite (kalah 0-2)
STARIAN HC vs Python Boyz A (kalah 0-1)
STARIAN HC vs SMK Raja Shahriman (kalah 0-1)

2. Bawah 15 Tahun

STAR Junior A vs NSH A (menang percuma )
STAR Junior A vs SABARiANS Boys (Menang percuma)
STAR Junior A vs SNS Juniors (kalah 0-1)

3. Bawah 15 Tahun

STAR Junior B vs Matri Perlis (Menang 3-0)
STAR Jumior B vs MERCHUAN B (Menang 3-0)
STAR Junior B vs Sungai Pari ( Menang 1-0)
STAR Junior B vs STAR Klang (Menang 1-0)

Dengan ini, pasukan STAR Junior A dan STAR Junior B telah layak ke pusingan ke dua. Dalam perlawanan pusingan ke dua, STAR Junior A telah diundi bertemu Mutiara Blue manakala STAR Junior B pula bertemu Intersaber Scorpian. Dan keputusannya seperti berikut.

4. Pusingan ke dua

STAR Junior A vs Mutiara Blue (kalah 0-1)
STAR Junior B vs INTERSABER Scorpian (menang 1-0)

Dengan ini, STAR Junior B merupakan satu-satunya wakil STAR yang akan bermain di peringkat suku akhir pada 24 Jun 2012. Semoga berjaya nanti. InsyaAllah.


salah satu aksi di padang melibatkan perlawan STAR


Juniors yang dihantar untuk pendedahan.


Sesi regangan sebelum perlawanan.










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, June 3, 2012

ATM, MELAKA MUNCUL JUARA KEJOHANAN DALAM DEWAN KEBANGSAAN 2012




Men

Champion: Armed Forces
Runner Up: Kuala Lumpur
Third: Malacca

Most Promising Player: Muhammad Najmi Farizal Jazlan (Perlis)
Man of the Match (Final): Chua Boon Huat (Kuala Lumpur)
Best Goalkeeper: Mohd Khairul Affendi Kamarulzaman (Armed Forces)
Top Goal Scorer: Mohd Anuar (Malacca)
Fairplay: Pahang

Women

Champion: Malacca
Runner Up: PDRM
Third: Penang

Most Promising Player: Nurizwana Ahmad Tajuddin (Penang)
Man of the Match (Final): Ayu Malina Zainuddin (Malacca)
Best Goalkeeper: Nur Afiqah Omar (Malacca)
Top Goal Scorer: Ayu Malina Tajuddin (Malacca)
Fairplay: Johor






SUMBER : MALAYSIAN HOCKEY






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

NEW ZEALAND, ARGENTINA REBUT GELARAN JUARA


IPOH 3 Jun - New Zealand akan bertemu Argentina bagi penentuan juara dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-21 pada perlawanan akhir yang dijadualkan pada pukul 8 malam.

Walaupun kalah kepada Korea pada perlawanan terakhir peringkat pertama tetapi jurulatih pasukan Shane Mcleod dilihat seperti ingin merehatkan anak-anak buahnya bagi bertarung dalam perlawanan akhi.
Begitu juga pasukan Argentina yang menewaskan skuad negara malam ini dilihat bermain dengan lebih berhati-hati bagi mengelak kecederaan.

Gol Argentina dijaringkan Pedro Ibarra pada minit ke-40 melalui pukulan sudut penalti yang menewaskan penjaga gol negara.

Skuad negara yang pada mulanya mencatatkan seri ketika turun menentang Korea dan Great Britain hanya sekadar mengumpul lima mata serta akan bertemu semula dengan gergasi Asia, Korea dalam perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam yang dijadualkan pada pukul 6 petang esok.

Sementara itu, tuan rumah Sukan Olimpik 2012, Britain akan bertemu India dalam perlawanan penentuan merebut tempat ketiga dan keempat. - BERNAMA




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, June 1, 2012

MALAYSIA TUMPAS 1-4 KEPADA NEW ZEALAND



IPOH: New Zealand menjadi pasukan pertama layak ke final apabila menumpaskan Malaysia 4-1 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 di sini malam Khamis.
Kemenangan mudah itu membolehkan New Zealand mengukuhkan kedudukan tangga teratas dengan 12 mata dan akan melengkapkan perlawanan format 'round-robin' dengan menentang Korea Selatan, Sabtu ini.
Malaysia dengan lima mata selepas lima perlawanan menduduki tangga keenam daripada tujuh pasukan bertanding dan akan mengakhiri saingan dengan menentang Argentina pada Sabtu ini.
Pada perlawanan hari ini, New Zealand menampilkan corak permainan mantap dengan mendahului 3-0 pada separuh masa, hasil jaringan Ryan Archibald pada minit kelima, Shea Mcaleese (minit ke-16) dan Nick Wilson pada minit ke-32.
Malaysia menggandakan asakan sebaik bermula babak kedua dan usaha itu membuahkan hasil apabila Hafifi Hafiz Hanafi menewaskan penjaga gol New Zealand, Kyle Pontifex pada minit ke-41. Bagaimanapun, jaringan Shane Neal pada minit ke-62 meranapkan impian skuad negara untuk mengutip mata penuh.
Sementara itu, India menamatkan saingan dengan mengalahkan musuh tradisi Pakistan 2-1.
India mengumpul sembilan mata daripada tiga kemenangan dan tiga kalah manakala Pakistan tercorot dengan tiga mata sebelum menentang Britain, Sabtu ini.
Dalam pada itu, Britain dan Korea Selatan seri 1-1.
Korea Selatan membuka tirai jaringan menerusi Yoon Sung Hoon pada minit ke-22 manakala Jonty Clarke menyamakan kedudukan pada minit ke-50. -BERNAMA

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...