Powered by Blogger.

Sunday, June 24, 2012

KEJOHANAN HOKI BANDARAYA IPOH/MILO : STAR JUNIOR B KE SUKU AKHIR

Kelab Hoki STAR telah menghantar tiga buah pasukan untuk menyertai Kejohanan Hoki Bandaraya Ipoh/Milo 2012 bertempat di Padang Ipoh, Ipoh. Tiga pasukan tersebut ialah STARIAN HC yang bertanding dalam kategori bawah 18, dan STAR Junior A dan STAR Junior B dalam kategori B 15 tahun. Berikut merupakan keputusan yang melibatakan STAR.

1. Bawah 18 Tahun

STARIAN HC vs TBSS Elite (kalah 0-2)
STARIAN HC vs Python Boyz A (kalah 0-1)
STARIAN HC vs SMK Raja Shahriman (kalah 0-1)

2. Bawah 15 Tahun

STAR Junior A vs NSH A (menang percuma )
STAR Junior A vs SABARiANS Boys (Menang percuma)
STAR Junior A vs SNS Juniors (kalah 0-1)

3. Bawah 15 Tahun

STAR Junior B vs Matri Perlis (Menang 3-0)
STAR Jumior B vs MERCHUAN B (Menang 3-0)
STAR Junior B vs Sungai Pari ( Menang 1-0)
STAR Junior B vs STAR Klang (Menang 1-0)

Dengan ini, pasukan STAR Junior A dan STAR Junior B telah layak ke pusingan ke dua. Dalam perlawanan pusingan ke dua, STAR Junior A telah diundi bertemu Mutiara Blue manakala STAR Junior B pula bertemu Intersaber Scorpian. Dan keputusannya seperti berikut.

4. Pusingan ke dua

STAR Junior A vs Mutiara Blue (kalah 0-1)
STAR Junior B vs INTERSABER Scorpian (menang 1-0)

Dengan ini, STAR Junior B merupakan satu-satunya wakil STAR yang akan bermain di peringkat suku akhir pada 24 Jun 2012. Semoga berjaya nanti. InsyaAllah.


salah satu aksi di padang melibatkan perlawan STAR


Juniors yang dihantar untuk pendedahan.


Sesi regangan sebelum perlawanan.










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...