Powered by Blogger.

Monday, July 16, 2012

HOKI SUKMA : TERENGGANU JUARA BERGANDA



Terengganu berjaya mara ke pentas final setelah menewaskan Pulau Pinang, 5-4 pada perlawanan separuh akhir malam kelmarin,s eterusnya menamatkan penantian selama 16 tahun untuk beraksi di peringkat akhir.

Kehadiran penyerang kebangsaan, Faizal Saari menjadi kunci utama kejayaan pasukan Terengganu dalam perlawanan akhir semalam apabila beliau mencipta hatrik sekali lagi, walaupun gagal menyumbangkan gol pada penentuan melalui pukulan penalti.

Turun dengan semangat 'Terengganu Hanelang' (Terengganu Handalan), skuad lelaki Terengganu menundukkan Wilayah Persekutuan 4-3 pada pertembungan penuh dramatik yang diputuskan menerusi pukulan penalti.

Muhamad Zahirul Faiz Asha'ri muncul wira apabila jaringannya menewaskan penjaga gol Wilayah Persekutuan, Muhammad Fitri Jasni bagi memastikan pingat emas buat Terengganu.

Sebelum itu, gol penalti Terengganu turut disempurnakan Muhammad Firhan Asha'ari, Muhamad Sufi Ismat Rahoulamin dan Mohd Fitri Saari.

Kejayaan meraih emas itu adalah yang pertama buat Terengganu bagi acara hoki lelaki di temasya berkenaan.

Pada perlawanan malam semalam, skuad Penyu terlebih dahulu mengasak menerusi pemain kebangsaan Faizal Saari yang menyempurnakan dua pukulan sudut penalti pada minit ke-28 dan ke-45 untuk meletakkan skuad itu 2-0 di hadapan.

Wilayah Persekutuan, bagaimanapun bangkit menerusi gol pertama Mohamad Nor Faeez Ibrahim hasil pukulan sudut penalti tiga minit kemudian. Faizal yang bijak mengatur serangan Terengganu sekali lagi meledakkan gol pada minit ke-51 menerusi pukulan sudut penalti.

Ketinggalan 1-3, Wilayah Persekutuan tidak berputus asa. Muhamad Ramadhan Rosli menyumbat masuk gol kedua Wilayah Persekutuan pada minit ke-55 diikuti gol penyamaan oleh Mohamad Nor Faeez pada minit ke-64.

Terikat 3-3 sehingga tamat separuh masa kedua, perlawanan diheret ke masa tambahan namun kedua-dua pasukan buntu untuk menjaringkan gol.

Terengganu akhirnya muncul juara apabila menumpaskan Wilayah Persekutuan menerusi pukulan penalti 4-3.

Jurulatih Terengganu Mohamad Saberi Salleh berkata strateginya menguatkan bahagian tengah dan menghasilkan gol menerusi pukulan sudut penalti menjadi.

"Meskipun bahagian pertahanan agak goyah terutama pada separuh masa kedua, saya tetap berpuas hati dan gembira dengan kemenangan ini," katanya.

Sementara itu, skuad wanita Terengganu turut mengenepikan lawan yang sama, Wilayah Persekutuan 1-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung petang tadi

Gol 'emas' Terengganu dijaringkan Rashidah Mahmad menerusi jaringan padang pada minit ke-18. Selangor dan Pulau Pinang masing-masing meraih gangsa bagi acara hoki wanita dan lelaki.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

1 comments:

Anonymous said...

hi..
saya eiwan blogger di
http://sukan2review.blogspot.com/
jika berminat exchange bloglist sila komen di blog..TQ

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...