Powered by Blogger.

Sunday, August 12, 2012

AUSTRALIA TEWASKAN GREAT BRITAIN UNTUK RAIH GANGSA



LONDON 12 Ogos - Skuad hoki lelaki Australia menewaskan tuan rumah Sukan Olimpik London, Great Britain 3-1 untuk memenangi pingat gangsa, pada perlawanan tempat ketiga hari ini.

Pada perlawanan tersebut Australia terlebih dahulu memperoleh jaringan menerusi gol padang daripada Simon Orchar pada minit ke-17 sebelum pemain Great Britain, Iain Lewers menyamakan kedudukan pada minit ke-28.

Bagaimanapun pada babak kedua perlawanan tuan rumah terpaksa akur dengan penguasaan Australia yang berupaya menambah dua lagi gol menerusi Jamie Dwyer minit ke-47 dan Kieran Govers minit ke-56. - REUTERS




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...