Powered by Blogger.

Sunday, April 7, 2013

LIGA HOKI MALAYSIA 2013 : KLHC KUKUHKAN CENGKAMAN TERATAS LIGA


KUALA LUMPUR - Skuad Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) terus menguasai kedudukan teratas Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL) musim ini apabila meraih kemenangan besar 5-0 menewaskan pasukan baru Terengganu HT, di Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan, semalam.

Kemenangan tersebut membolehkan KLHC mengumpul 13 mata daripada lima perlawanan liga yang telah berlangsung ketika ini.

Bagaimanapun, tiga mata yang diraih KLHC semalam masih belum cukup untuk pasukan itu selesa sebagai pendahulu terutama apabila pencabar terdekat Maybank turut meraih kemenangan ke atas Nur Insafi dengan keputusan 6-3.

Ketika ini Maybank yang berada di tangga kedua liga hanya kekurangan satu mata dengan pendahulu malah berpeluang untuk memintas KLHC seandainya terus konsisten dengan tiga mata selain mengharapkan penyandang juara tewas atau seri pada perlawanan selepas ini.

Sementara itu, kekalahan Terengganu HT yang dibarisi enam pemain kebangsaan seakan menambah derita pasukan itu apabila masih belum berupaya menambah empat mata yang dimiliki ketika ini.

Dalam pada itu, Nur Insafi masih lagi kekal di kedudukan tercorot liga selepas tewas kepada Maybank semalam dan kini hanya mengumpul satu mata sahaja.

Keputusan lain Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tewas 1-3 kepada Sapura


http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130406/su_08/KLHC-kukuhkan-cengkaman-takhta-Liga-TNB-MHL#ixzz2PkSD3ZN3

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...