Powered by Blogger.

Sunday, June 30, 2013

LIGA HOKI DUNIA : MALAYSIA, PAKISTAN TERIKAT



Johor Bahru: Malaysia gagal meneruskan aksi cemerlang pada separuh masa kedua apabila seri 4-4 dengan Pakistan meskipun suatu ketika mendahului 3-0, pada kejohanan Liga Hoki Dunia di Stadium Taman Daya, malam tadi. 

Pasukan ranking pertama dunia, Jerman juga terikat 1-1 menentang Argentina, manakala Jepun turut seri 3-3 dengan Korea Selatan. 

Dua gol awal 

Razie Rahim menjaringkan dua gol awal Malaysia, kedua-dua menerusi pukulan sudut penalti pada minit ketiga dan ketujuh, sebelum Marhan Jalil menjaringkan gol ketiga pada minit ke-18 yang bermula daripada pukulan sudut penalti. 

Pakistan memperoleh gol pertama minit ke-26 menerusi pukulan sudut penalti Abdul Haseem Khan. 

Tiga minit selepas perlawanan separuh masa kedua bermula, Tengku Ahmad Tajuddin menjaringkan gol padang cantik untuk Malaysia mendahului 4-1. 

Namun pemain negara agak leka selepas itu dan gol oleh Muhammad Tausiq (m-42), penalti Shakeel Abbasi (m-56), dan Muhammad Imran (m-61) mengikat keputusan, sekali gus menghampakan pemain negara.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...