Powered by Blogger.

Sunday, August 25, 2013

HOKI PIALA ASIA:PAKISTAN TEWASKAN MALAYSIA 4 -1

Malaysia kalah 1-4 kepada Pakistan pada perlawanan kedua, Kumpulan A di Kejohanan Hoki Piala Asia 2013 di sini malam ini.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Gol-gol Pakistan dijaringkan oleh Muhammad Zubair pada minit ke-32, Muhammad Dilber (minit ke-46), Muhammad Waqas (minit ke-60) dan Shafaq Rasool pada minit ke-67.

Gol tunggal skuad negara disumbangkan oleh Muhammad Razie Abdul Rahim seawal minit ke-26.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

FRIENDLY MATCH : STAR HOCKEY VS NORWICH SCOOL, UK

Satu perlawanan persahabtan antarabangsa antara STAR Hockey dan Norwich School, UK telah diadakan di Padang Hoki SMK Gunug Rapat, Ipoh pada 24 Ogos 2004. Dalam perlawnan tersebut ke dua-dua pasukan terikat dengan jaringan 2 - 2. gol-gol STAR telah disumbangkan oleh Aiman Nazmi dan Zaim Ariffin. Perlawanan ini memberi pengalaman baru kepada para pemain menentang para pemain dari negara Eropah. Dikongsikan beberapa gambar perlawanan.

Serangan bertali arus gagal menambahkan jaringan.

 Aiman Nazmi menjaringkan gol yang pertama.

 Rihuan Halim sedang membuat hantaran.

 Bola hantaran sebelah kiri oleh Zaim Ariffin.


 Walau mendapat deretan PC, namun gagal dimanfaatkan oleh pemain-pemain STAR.


 Ke dua-dua pasukan bergambar kenangan selepas perlawanan.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

ASIA CUP : MALAYSIA BELASAH TAIWAN 10-2




SKUAD negara berpesta gol apabila membelasah Taiwan 10-2 pada aksi pembukaan Kumpulan A kempen Kejohanan Hoki Piala Asia 2013 di Stadium Sultan Azlan Shah di Ipoh malam tadi.Bagaimanapun, Taiwan terlebih dahulu mengejutkan anak-anak buah Paul Revington apabila Liu Ching Kun meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit keempat. 

Namun, jaringan itu seolah-olah mengejutkan para pemain Malaysia daripada tidur sebelum mula menyusun permainan bagi mendapatkan gol penyamaan.Malaysia berjaya menyamakan kedudukan melalui Faizal Shaari hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-11.Keyakinan pemain Malaysia untuk mencatat kemenangan besar terserlah apabila mereka berjaya menjaringkan empat gol berturut-turut menerusi Faizal pada minit ke-13, Muhammad Firhan Ashaari (m-18 dan 21) dan Muhammad Marhan Mohd Jalil (m-32).

Meskipun, Malaysia sudah mendahului lawannya dengan lima gol, persembahan anak-anak buah Paul Revington pada separuh masa kedua tetap bertenaga dan mantap.Kegembiraan hampir 3,000 penyokong Malaysia di Stadium Azlan Shah semakin memuncak apabila pemain negara menjaringkan lima gol lagi pada separuh masa kedua menerusi Firdaus Izwan Ahmad Tajuddin pada minit ke-39, Fiqri Nabil Mohd Noor (m-46) Mohd. Fitri Shaari (m-62), Firhan (m-67) dan Faizal (m-69). Taiwan berjaya menambah satu kedua hasil jaringan Tseng Hsien-Yi pada minit ke-47.

Sementara itu, juara 1982, 1985 dan 1989, Pakistan mencatat kemenangan besar ke atas Jepun 7-0.
Pakistan memperoleh enam gol pada separuh masa pertama hasil jaringan Muhammad Waqas (ke-12 dan 20), Abdul Haseem Khan (m-22), Muhammad Tousiq (m-25 dan 35) dan Muhammad Imran (m-33).
Separuh masa kedua, Jepun bangkit untuk merapatkan jurang gol tetapi gagal dan Pakistan menambah satu gol lagi melalui Muhammad Imran (m-70).

Sebelum itu, juara 2003 dan 2007, India membelasah pasukan kurang ternama, Oman 8-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan B.India memperoleh empat gol pada separuh masa pertama menerusi jaringan Mandeep Singh (m-4), Ramandeep Singh (m-17), Vokkaliga Ramachandra Raghunath (m-28) dan Rupinder Pal Singh (m-34).Pada babak kedua, bekas juara 2003 dan 2007 itu terus mengganas dengan menyumbat empat gol lagi melalui Mandeep Singh (m-40 dan 44), Malak Singh (m-47) dan Sannuvanda Kushalappa Uthappa (m-69).

Sumber : KOSMO ONLINE 




 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, August 24, 2013

JADUAL PERLAWANAN KEJOHANAN HOKI PIALA ASIA 2013 (LELAKI)


Kumpulan A

Pakistan
Jepun
Malaysia
Taiwan

Kumpulan B

Korea Selatan
India
Oman
Bangladesh

24 Ogos 2013 
India vs Oman (4.00 petang)
Pakistan vs Jepun (6.00 petang)
Malaysia vs Taiwan (8.00 malam)

25 Ogos 2013
Korea Selatan  vs  Bangladesh (4.00 petang)
Jepun vs Taiwan(6.00 petang)
Malaysia vs Pakistan (8.00 malam)

26 Ogos 2013
Bangladesh vs Oman (6.00 petang)
India vs Korea Selatan (8.00 malam)

27 Ogos 2013
Pakistan vs Taiwan (6.00 petang)
Malaysia vs Jepun (8.00 malam)

28 Ogos 2013
Korea Selatan vs Oman (6.00 petang)
India vs Bangladesh (8.00 malam)

30 Ogos 2013 
Tempat ke  5-8  3 petang  and 5.15 petang
Separuh Akhir   7.30 malam dan  9.45 malam

1 September 2013 
Tempat ke 3/4  (5.35 petang)
Final (8.05 malam)





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, August 22, 2013

MALAYSIA LAYAK KE PIALA DUNIA 2014?

KUALA LUMPUR - Kegagalan Ireland layak ke peringkat separuh akhir Kejohanan Hoki Eropah semalam secara matematiknya mengesahkan tempat Malaysia di Piala Dunia 2014.
Teknikalnya, Malaysia hanya menunggu pengumuman rasmi selepas semua kejohanan antara benua menutup saingan masing-masing.

Ireland menjadi pasukan terakhir yang mampu mencuri tempat ke Piala Dunia selepas Republik Czech dan Poland dari benua Eropah (pasukan yang belum layak melalui kelayakan Liga Hoki Dunia) tersingkir awal selepas mencatat dua kekalahan, namun keputusan seri 2-2 dengan England menyebabkan mereka tercicir tempat ke separuh akhir dan sekadar menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan B, hanya dibezakan dengan perbezaan satu jaringan oleh England yang turut meraih empat mata.

Malaysia yang berada dalam senarai menunggu selepas Sepanyol kini hanya perlu menantikan keputusan secara rasmi kejohanan hoki Oceania yang bakal berlangsung pada 28 Oktober hingga 3 November ini sekiranya gagal menjuarai Piala Asia yang akan bermula pada 24 Ogos ini.

Dalam kejohanan Oceania yang hanya disertai empat negara itu, antara Australia dan New Zealand, salah satunya pasti akan menjadi juara kerana terlalu gagah buat Papua New Guinea (ranking 69 dunia) dan Samoa (ranking 72 dunia).

Mengikut format Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), sekiranya pasukan yang layak menerusi pertandingan Liga Hoki Dunia baru-baru ini menjuarai kejohanan benua masing-masing, slot itu akan diberikan berdasarkan urutan ranking Liga Hoki Dunia.

Sebelum kejohanan mengikut benua bermula, Belgium, Australia, New Zealand, Jerman, Argentina dan England telah layak termasuk Belanda selaku tuan rumah manakala Korea Selatan yang menduduki tempat keempat di Kuala Lumpur berada dalam senarai menunggu pertama diikuti dua pasukan di tangga kelima, Sepanyol dan Malaysia.

Apabila kejohanan Piala Pan American melabuhkan tirainya pada 17 Ogos lalu, Argentina yang telah pun layak muncul juara selepas menewaskan Kanada 4-0 pada perlawanan akhir sekali gus mengesahkan tempat buat Korea Selatan yang menjadi senarai menunggu pertama.

Ini diikuti benua Eropah dengan mana-mana pasukan yang telah layak ke Piala Dunia 2014 menjuarai kejohanan tersebut, slot itu akan diberikan kepada Sepanyol walaupun mereka muncul juara atau sebaliknya.

Seandainya skuad negara menjuarai Piala Asia yang akan berlangsung di Ipoh pada 24 hingga 1 September nanti, India akan menjadi pasukan terakhir layak dalam senarai menunggu selepas Malaysia apabila kejohanan benua Ocenia berakhir nanti.







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, August 6, 2013

KEJOHANAN HOKI DEWAN TERBUKA KISAS


Kejohanan Hoki Dewan Terbuka KISAS
Bawah 16 Tahun Lelaki dan Perempuan
Peringkat Kebangsaan Edisi Pertama Tahun 2013
Tarikh  : 07 September
Hari : Sabtu
Tempat : 89 Arena, Jalan Sungai Jati, Klang
(Google Maps Coordinate:3.019134,101.458866)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Untuk maklumat lanjut, sila klik :

sumber : KISAS.ORG


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, August 1, 2013

CHUA BOON HUAT MAUT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA



KUALA LUMPUR: Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat maut selepas keretanya melanggar lori di Lebuhraya Damansara-Puchong, dekat Stesen LRT Kelana Jaya, 2.25 pagi tadi.

Beliau berusia 33 tahun. Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Huat antara pemain hoki paling lama bermain untuk negara dengan mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998. Kematian pemain hoki kebangsaan kelahiran Melaka, Chua Boon Huat, 33, dalam kemalangan di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), dekat Kelana Jaya awal pagi tadi, satu kehilangan besar untuk negara.

Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Datuk Nur Azmi Ahmad, berkata terlalu sukar mencari pengganti pemain berkaliber seperti Chua yang menyumbang kudrat sejak berusia 17 tahun mewakili Malaysia. Katanya, mendiang Chua yang baru saja menerima insentif kemenangan aksi negara di Johor Bahru dan Doha Disember 2012 pada satu majlis diibu negara malam tadi juga banyak membantu kejayaan Malaysia di persada dunia. 

Kehilangannya yang juga satu-satunya pemain berbangsa Cina dalam skuad negara turut dirasai menjelang persiapan negara menghadapi Kejohanan Hoki Asia di Ipoh 24 Ogos hingga 1 September depan 

Sementara itu, Presiden Persatuan Hoki Melaka, Datuk Md Yunus Husin merakam takziah kepada keluarga Chua dan berharap tabah menerima berita mengejutkan itu. Katanya, persatuan akan turut menyumbang kepada keluarga mendiang sebagai tanda keprihatinan dan kesedihan di atas kejadian yang tidak di sangka itu. 

Jenazah mendiang dijangka dibawa balik keluarganya ke Taman Semabok Perdana di sini dan dijangka disemadikan Isnin ini.

sumber : BERITA HARIAN




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...