Powered by Blogger.

Sunday, August 25, 2013

ASIA CUP : MALAYSIA BELASAH TAIWAN 10-2




SKUAD negara berpesta gol apabila membelasah Taiwan 10-2 pada aksi pembukaan Kumpulan A kempen Kejohanan Hoki Piala Asia 2013 di Stadium Sultan Azlan Shah di Ipoh malam tadi.Bagaimanapun, Taiwan terlebih dahulu mengejutkan anak-anak buah Paul Revington apabila Liu Ching Kun meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit keempat. 

Namun, jaringan itu seolah-olah mengejutkan para pemain Malaysia daripada tidur sebelum mula menyusun permainan bagi mendapatkan gol penyamaan.Malaysia berjaya menyamakan kedudukan melalui Faizal Shaari hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-11.Keyakinan pemain Malaysia untuk mencatat kemenangan besar terserlah apabila mereka berjaya menjaringkan empat gol berturut-turut menerusi Faizal pada minit ke-13, Muhammad Firhan Ashaari (m-18 dan 21) dan Muhammad Marhan Mohd Jalil (m-32).

Meskipun, Malaysia sudah mendahului lawannya dengan lima gol, persembahan anak-anak buah Paul Revington pada separuh masa kedua tetap bertenaga dan mantap.Kegembiraan hampir 3,000 penyokong Malaysia di Stadium Azlan Shah semakin memuncak apabila pemain negara menjaringkan lima gol lagi pada separuh masa kedua menerusi Firdaus Izwan Ahmad Tajuddin pada minit ke-39, Fiqri Nabil Mohd Noor (m-46) Mohd. Fitri Shaari (m-62), Firhan (m-67) dan Faizal (m-69). Taiwan berjaya menambah satu kedua hasil jaringan Tseng Hsien-Yi pada minit ke-47.

Sementara itu, juara 1982, 1985 dan 1989, Pakistan mencatat kemenangan besar ke atas Jepun 7-0.
Pakistan memperoleh enam gol pada separuh masa pertama hasil jaringan Muhammad Waqas (ke-12 dan 20), Abdul Haseem Khan (m-22), Muhammad Tousiq (m-25 dan 35) dan Muhammad Imran (m-33).
Separuh masa kedua, Jepun bangkit untuk merapatkan jurang gol tetapi gagal dan Pakistan menambah satu gol lagi melalui Muhammad Imran (m-70).

Sebelum itu, juara 2003 dan 2007, India membelasah pasukan kurang ternama, Oman 8-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan B.India memperoleh empat gol pada separuh masa pertama menerusi jaringan Mandeep Singh (m-4), Ramandeep Singh (m-17), Vokkaliga Ramachandra Raghunath (m-28) dan Rupinder Pal Singh (m-34).Pada babak kedua, bekas juara 2003 dan 2007 itu terus mengganas dengan menyumbat empat gol lagi melalui Mandeep Singh (m-40 dan 44), Malak Singh (m-47) dan Sannuvanda Kushalappa Uthappa (m-69).

Sumber : KOSMO ONLINE 




 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...