Powered by Blogger.

Sunday, September 22, 2013

ANACONDA CHALLENGE TROPHY 2013, GILIRAN STAROBA BENAM STAR

Acara tahunan iaitu perlawanan tahunan  STAR menentang bekas STAROBA telah diadakan pada 15 September 2013 bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh bersempena Old Boys Weekend  pada 13-15 September 2013.  Pada tahun 2013, buat julung-julung kalinya pihak penganjur Old Boys Weekend telah memperkenakan piala pusingan dan pertandingan ini secara rasminya dikenali sebagai ANACONDA CHALLENGE TROPHY. Untuk rekod buat tiga tahun berturut-turut, iaitu 2010, 2011 dan 2012, STAR menewaskan STAROBA.

Namun, tahun 2013, menyaksikan STAROBA pula memenangi perlawanan apabila menewaskan STAR 3-1 menerusi penalti shoot out setelah ke dua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga tamat masa perlawanan. Tahniah diucapkan kepada STAROBA. STAR Hockey kongsikan beberapa keping gambar sewaktu berlangsungnya perlawanan.


Aksi perlawanan STAR vs STAROBA


Bekas jurulatih STAR, Encik Zulkifli Din diberi penghormatan menyampaikan hadiah.


STAROBA Hockey menjulang piala pusingan 2013.


Ke dua-dua pasukan bergambar kenangan selepas perlawanan berlangsung.









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...