Powered by Blogger.

Tuesday, June 10, 2014

STAR IPOH JUARAI KARNIVAL HOKI UNITEN KPM 2014



8 Jun 2014, Bukit Jalil ; Karnival Hoki Uniten KPM 2014 selama 3 hari bermula 6hb Jun 2014 sehingga 8hb Jun 2014 telah berjaya dilangsungkan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. 4 kategori iaitu IPT lelaki dan wanita serta kategori Sekolah bawah 17 tahun telah di pertandingkan.
Sejajar dengan kehendak kementerian pendidikan, kejohanan ini di lihat bukan sahaja berjaya mencungkil bakat bakat baru dalam arena hoki malah berjaya mencungkil The Thinking Athlete demi masa depan sukan hoki negara. Seramai lebih 100 pasukan menyertai kejohanan 3 hari ini yang mana UITM mengungguli bahagian IPT manakala SMK Puteri menggungguli bahagian Sekolah bawah 17 tahun kategori wanita dan STAR Ipoh juara bahagian lelaki,
Kejohanan ini anjuran UNITEN, KPM dan Selangor HA serta ditaja oleh PANTHERA Hockey.Semoga kejohanan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Keputusan penuh kejohanan.
Sekolah bawah 17 tahun lelaki
Johan : STAR Ipoh
Naib Johan : SEMSAS PHOENIX A
Pemain terbaik : Muhammad Izham Nisya Hussain (STAR Ipoh)


Best player Sekolah B17

Sekolah bawah 17 tahun wanita
Johan : SMK Puteri
Naib Johan : KHAIZER
Pemain terbaik : Erni Afidatul Sofia Mohd Azizi (SMK Puteri)

IPT Lelaki
Johan : UITM Shah Alam B
Naib Johan : Politeknik B
Pemain terbaik : Mohd Sidek Ahmad  (UITM Shah Alam B)

IPT Wanita
Johan : UITM Lions
Naib Johan : UITM CUBS
Pemain terbaik : Norshahira Amron  (UITM Lions)

Sumber : ARENAHOKI.COM



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...