Powered by Blogger.

Tuesday, July 22, 2014

INTERNATIONAL FRIENDLY STAR V SSC, HONG KONG

Pada 21 Julai 2014, pasukan hoki STAR Ipoh telah mengadakan satu perlawanan persahabatan antarabangsa bersama sebuah pasukan dari Hong Kong, iaitu Shaheen Sport Club (SSC). Perlawanan ini telah diadakan di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh pada jam 5.00 petang. Pasukan SSC, Hong Kong dalam rangka lawatan ke Ipoh dan Pulau Pinang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan sekolah-sekolah dan kelab-kelab di Malaysia.
Dalam perlawanan yang dijalankan dalam bulan Ramadhan ini, STAR Ipoh berjaya menewaskan Shahen Sport Club, Hong Kong dengan keputusan 2-1.  Ke dua-dua gol STAR dijaringkan oleh Muhammad Izham Nisya bin Hussaini. Dalam aksi tersebut, STAR membariskan ramai pelajar-pelajar junior bagi memberi pendedahan terhadap perlawanan kompetitif di peringkat antarabangsa.
Semoga hubungan yang terjalin antara STAR dan SSC, Hong Kong berterusan pada masa-masa akan datang. pihak SSC juga turut menjemput STAR untuk mengadakan lawatan ke Hong Kong.

DSC_0062

DSC_0140
DSC_0144

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...