Powered by Blogger.

Thursday, October 30, 2014

KEJOHANAN HOKI DEWAN UPSI 2014 ; STAR PERTAMA KALI NAIKI PODIUM

Kejohanan Hoki Dewan UPSI Kali ke-9 telah diadakan pada 17-19 Oktober 2014. Pasukan Hoki STAR telah menghantar 3 pasukan untuk menyertai kejohanan yang diadakan di Kampus Sultan Abdul Jalil, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Kejohanan tiga hari ini mempertandingkan 7 kategori iaitu Bawah 12  tahun lelaki dan perempuan, bawah 16 tahun lelaki dan perempuan, IPT lelaki dan perempuan serta kategori Terbuka.
Sebanyak 33 pasukan telahpun mengesahkan penyertaan dalam kategori Bawah 16 tahun lelaki. keputusan akhir melibatkan STAR ialah dua pasukan terkandas dalam pusingan suku akhir. manakala STAR B berjaya melayakkan diri ke separuh akhir. Dalam aksi separuh akhir, STAR B tewas tipis kepada Saraburi Hockey Club, Thailand 1-0.
STAR B akhirnya muncul pemenang tempat ke-3 apabila menewaskan D’saidan Junior 2-0 dalam aksi penentuan tempat ke3/4. Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih.
hovc




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...