Powered by Blogger.

Wednesday, June 10, 2015

INTERNATIONAL FRIENDLY : STAR VS DAUNTSEYS SCHOOL, UNITED KINGDOM

Program Jaringan Antarabangsa pada tahun 2015 melibatkan pasukan hoki STAR Ipoh diteruskan dengan siri perlawanan persahabatan anatarabangsa pada tahun 2015. kali ini STAR Ipoh menerima kunjungan daripada pasukan Hoki Dauntseys School, United Kingdom. Perlawanan ini telah diadakan pada 27 Mac 2015, bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, Perak. Dauntseys School, United Kingdom dalam rangka lawatan sukan ke Malaysia  dan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa buah pasukan hoki terkenal seperti SMK Anderson, Kuala Lumpur Sport School dan SMK Penang Free, Pulau Pinang.  Alhamdulillah, STAR turut terpilih oleh Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menerima kunjungan Dauntseys School, United Kingdom.
7
Dalam aksi perlawanan persahabatan ini, ternyata kehebatan sekolah dari United Kingdom ini bukan tandingan STAR. dalam aksi selama 70 minit ini, STAR tewas 3-5 kepada dauntseys School, United Kingdom. Dauntseys yang dibarisi rata-rata pemain berusia 18 tahun memiliki kelebihan fizikal berjaya menguasai keseluruhan perlawanan. Namun, Alhamdulillah, pasukan STAR berjaya juga mendapat 3 gol yang yang dijaringkan oleh Arif Aiman, Aiman Nazmi dan Haris Iskandar.  tahuniah diucapkan kepada jrurlatih Encik Shahnun dan barisan pemain yang telah menunjukkan permainan yang bermaruah mempertahankan kubu STAR dari membiarkan gawang dibolosi jumlah jaringan yang besar.
6

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...