Powered by Blogger.

Monday, September 14, 2015

STAR PERTAHANKAN ANACONDA CUP 2015

Anaconda Cup

Pada 5 Sepetember 2015, bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah Ipoh sekali lagi perlawanan tahunan STAR Hoki vs STAROBA Hoki telah diadakan. Acata tahunan ini merupakan acara yang sering dinantikan oleh para pemain hoki STAR serta bekas-bekas pemain STAR yang kini aktif bermain dengan STAROBA HC.

Pada tahun 2015, sedikit perubahan dilakukan apabila diwujudkan pertandingan pemanas badan antara ke dua-dua pasukan. STAR diwakili oleh pasukan bawah 14 tahun manakala STAROBA diwakili oleh pemain berusia 40 tahun ke atas. Dalam perlawanan tersebut keputusan seri 0-0. 

Aksi pemanas badan STAR u14 vs Otai STAROBA

Seterusnya untuk sesi ke-dua, perlawanan merebut Anaconda Cup yang menemukan pasukan STAR Bawah 17 tahun dan STAROBA Muda. STAR berazam mengekalkan kejayaan 2015, manakala STAROBA cuba merampas piala yang dimenangi pada tahun 2012. Dan setelah berjuang selama 60 minit akhirnya, STAR berjaya mengesahkan kejayaan apabila menewaskan STAROBA 3-1. Gol-gol STAR diharingkan oleh Haris Iskandar (2 gol) dan Amirul Nizam (satu gol). Manakala gol saguhati STAROBA dijaringkan oleh Saudara Shahir (batch 2005).

Aksi Anaconda Cup

Terima kasih diucapkan buat pengelola (anaconda 95) serta STAROBA Hockey yang banyak membantu dari aspek kewangan pasukan Hoki STAR Ipoh. Semoga perlawanan sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan. 

Mempertahankan Anaconda Cup

STAROBA Hockey yang banyak membantu.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...