Powered by Blogger.

Friday, May 1, 2020

KEJOHANAN HOKI SASER - SGS TROPHY CHALLENGE 2018

Kejohanan Hoki SASER - SGS Trophy Challenge 2018 telah berlangsung pada 09 - 11 Mac  2018 bertempat di Stadium Hoki Seremban 2. Alhamdulillah STAR telah menghantar satu pasukan untuk menyertai kejohanan ini, Walau bagaimanapun pasukan mengalamai sedikit kesulitan apabila van yang membawa para pemain rosak dalam perjalanan. 



Sebagai alternatif , kami menaiki ETS ke Seremban dari stesen Sungai Buluh. Alhamdulillah perjalanan lancar dan kami sampai ke bandar Seremban pada jam 8.00 malam. Bergegas ke stadium akhirnya kami menghadapi perlawanan pertama pada jam 9.00 malam. Setelah mengharungi perlawanan di peringkat kumpulan dan suku akhir, STAR berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir bertemu pasukan The Malay College Kuala Kangsar. Alhamdulillah , STAR menang dengan keputusan 2-0. 

STAR layak ke perlawanan akhir bertemu SMS Machang. Setelah berhempas pulas di padang, akhirnya STAR terpaksa akur apabila tewas 0-1 kepada SMS Machang. STAR muncul Naib Johan untuk edisi kali ini. Walau bagaimanapun, Saudara Syahmi Shahir telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan . Tahniah diucapkan. 







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

1 comments:

Anonymous said...

why not try here buy replica bags website link replica bags find this bag replica high quality

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...