Powered by Blogger.

Friday, May 1, 2020

STAR JUARAI DUA KATEGORI SGGS OPEN 2018

KEJOHANAN HOKI GELANGGANG TERBUKA SGGS 2018 telah diadakan pada 18 Mac 2018 bertempat di SMK St George Pulau Pinang. STAR telah menyertai kejohanan ini buat pertama kali dan menghantar satu pasukan Bawah 15 tahun dan satu pasukan bawah 17 tahun. Kejohanan ini merupakan kejohanan bertaraf kebangsaaan dan disertai oleh banyak pasukan hebat seperti Penang Free School, MCKK, Khir Johari dan banyak lagi. Alhamdulillah penyertaan pertama kali STAR dalam kejohanan ini membuahkan hasil apabila ke dua-dua pasukan berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir bagi ke dua-dua kategori.

Dalam penentuan final, STAR dijadualkan bertemu SMK Penang Free bagi ke dua-dua kategori. Malangnya nasib tidak menyebelahi apabila hujan turun dengan begitu lebat dan menybabkan gelanggang tidak dapat digunakan. Akhirnya pihak penganjur memutuskan untuk menobatkan STAR dan Penang Free sebagai juara bersama bagi ke dua-dua kategori. Alhamdulillah, Saudara Muhammad Haris Farhan bin Fadhlurrahman telah dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan bagi kategori Bawah 15 tahun. Semoga banyak lagi kejayaan pada masa akan datang. 












TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...