Pada 1 Mei 2011 yang lepas, sewaktu sedang menjalani latihan di stadium hoki Sultan Azlan Shah, kami dikejutkan dengan kehadiran pasukan hoki kebangsaan India yang atang untuk menyaksikan kami melakukan latihan. Pasukan Hoki India akan menyertai Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah ke-20 dari 5 hingga 15 mei 2011. Perasaan kami agak teruja kerana bertemu dengan antara pasukan terbaik di dunia. Pada hari tersebut kami sempat berbual-bual tentang hoki dan mengambil gambar bersama sebagai tanda kenang-kenangan.
Good luck diucapkan kepada pasukan India. Semoga kejayaan untuk anda nanti!!
0 comments:
Post a Comment