Powered by Blogger.

Monday, May 2, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS NEW ZEALAND

Semalam, ANACONDA berpeluang menyaksikan perlawanan persahabatan antarabangsa MALAYSIA menentang NEW ZEALAND di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh. Walaupun bermain dalam hujan, namun persembahan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan adalah amat memberangsangkan. Kedua-dua pasukan akan menyertai Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah, dari 5-15 Mei 2011.


Pasukan Malaysia melakukan warm up walau hujan masih rintik-rintik.


Aksi kedua-dua pasukan berkesudahan 2-2

Sumber : Berita Harian

KETUA jurulatih hoki negara, Tai Beng Hai melihat ada sinar di hujung terowong berdasarkan persembahan menentang New Zealand dalam aksi perlawanan pemanas badan sebelum anak didiknya membuka kempen dalam saingan Piala Sultan Azlan Shah ke-20 di Ipoh, Khamis ini. 

“Ini perlawanan antarabangsa pertama mereka selepas empat bulan sejak Sukan Asia lalu. Selama ini pemain hanya terbabit dalam pertandingan domestik. Perlawanan antarabangsa berbeza dengan pertandingan tempatan. “Apa yang dipamerkan hari ini memberi petanda baik,” katanya selepas anak buahnya bangkit mengikat New Zealand 2-2. Jurulatih itu berharap anak buahnya menjadikan keadaan itu sebagai pemangkin untuk menyemarak semangat memberi persembahan terbaik bagi mencabar pasukan seperti Australia, Britain, Korea Selatan, Pakistan dan India nanti. 

Malaysia membuka kempen menentang Britain yang menduduki ranking keempat Persekutuan Hoki Antarabangsa (IHF) diikuti bertemu juara dunia, Australia pada hari berikut. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...