Powered by Blogger.

Monday, October 31, 2011

RIVAL STAR-MCKK DALAM PERLAWANAN PERSAHABATAN

Pasukan Hoki Tingkatan Tiga STAR telah mengadakan perlawanan persahabatan enam sebelah bersama pasukan MCKK pada 27 Oktober 2011. Perlawanan telah diadakan di gelanggang simen The Malay College Kuala Kangsar. Perlawanan ini merupakan program persahabatan pelajar lepas PMR. Dan dalam perlawanan tersebut, STAR telah berjaya menewaskan MCKK dengan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Zahran Syahmi pada minit ke-9 perlawanan. Tahniah kepada para pemain hoki tingkatan tiga yang telah berjaya sekurang-kurangnya menebus kehampaan STAR dalam Piala Primier lalu


Senarai pemain

1) Fadhil
2) Zahran
3) Afiq
4) Ridzuan
5) Nadzrul Nadzmi
6) Mohammad
7) Hafiz
8) Firdaus
9) Amjad
10) Qayyum



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, October 24, 2011

KHLC JUARA PIALA TNB 2011 DALAM AKSI DRAMATIK

KELAB Hoki Kuala Lumpur (KLHC) bangkit daripada ketinggalan dua gol pada babak pertama untuk mencatat kemenangan penuh dramatik 3-2 ke atas TNB pada perlawanan akhir Piala TNB malam tadi sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka musim lalu.
Penyerang sensasi skuad negara, Faizal Saari memastikan TNB di depan terlebih dulu apabila menjaringkan gol pada minit kelima hasil jaringan padang sebelum Amir Farid Ahmad Fuzi mengukuhkan kedudukan TNB apabila meledakkan gol kedua pada minit kelapan.


Ketika KLHC berada dalam situasi tertekan, TNB menggandakan asakan, namun kedudukan 2-0 kekal selepas tamat separuh masa pertama.


Bersambung babak kedua, KLHC memperkemaskan corak permainan mereka dan hasilnya Mohd Ameerullah Abd Aziz berjaya menjaringkan gol pada minit ke-59.


Tiga minit kemudian, bekas penyerang skuad negara, Chua Boon Huat menyamakan kedudukan hasil pukulan sudut penalti.



Gol penyamaan KLHC itu membuatkan TNB pula berada dalam tekanan dan ketua pasukan KLHC, Razie Rahim memanfaatkan situasi itu apabila muncul wira dengan menjaringkan gol ketiga KLHC pada minit ke-70.



Dengan kemenangan itu, KLHC bukan saja berjaya mempertahankan piala yang dimenangi musim lalu, malah membolot wang berjumlah RM60,000 sementara TNB pula RM40,000.


Sementara itu, Sapura menewaskan Maybank 3-0 pada penentuan tempat ketiga sekali gus kelab yang dibimbing I Vikneswaran itu meraih wang sebanyak RM30,000.

SUMBER : MYMETRO

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

TNB, KHLC BUAT PERHITUNGAN DI FINAL


Tenaga Nasional Berhad melangkah ke perlawanan akhir Piala TNB dengan menyekat Sapura 4-3 dalam separuh akhir kedua. 

Perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan lebih dua jam akibat hujan lebat yang turun mencurah-curah di kawasan Lembah Klang. Bagaimanapun, keadaan padang yang ditakungi air tidak menjejaskan TNB untuk mempamerkan corak menyerang meskipun memiliki bekalan selesa berikutan kemenangan 5-3 dalam pertemuan pertama.

Juara bertahan, KLHC pula mudah menjinakkan Maybank dengan agregat 11-3 dengan kemenangan 5-2 dalam pertemuan kedua ini.Sapura bakal bertemu dengan Maybank bagi penentuan tempat ketiga pada hari Sabtu ini manakala KLHC akan dicabar Sapura dalam perlawanan akhir yang bakal berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil, esok.

SUMBER : ARENA HOKI



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, October 13, 2011

STAR MENEWASKAN ACS PENENTUAN TEMPAT KE TIGA KEJOHANAN PIALA PREMIER

Kejohanan Hoki Sekolah-Sekolah Premier Zon Perak telah melabuhkan tirainya pada 8 Oktober 2011. Dan dalam kejohanan yang diadakan secara karnival tersebut Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson telah muncul johan apabila menewaskan Malay College Kuala Kangsar (MCKK ) dengan kemenangan besar 9-0. Alhamdulillah, STAR yang dahulunya agak tenggelam dalam arena hoki sekolah-sekolah premier mula menampkaakan sinarnya apabila berjaya menduduki tempat ke 3 keseluruhan. Berikut merupakan keputusan perlawanan melibatkan STAR.

Peringkat kumpulan :

STAR vs Sekolah Menengah Kebangsaan St Michel, Ipoh
 (3-0 , menang)
STAR vs Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward XV
 (5-1, menang)
STAR vs Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford 
(3-1, menang)
STAR vs Malay College Kuala Kangsar
 ( 0-1, tewas)

Dengan ini STAR muncul naib johan kumpulan B dan bertemu Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh dalam peringkat separuh akhir.

Peringkat separuh akhir

STAR vs SMK Anderson (1-7, tewas)

Penentuan tempat ke 3 dan ke empat :

STAR vs SMK ACS Ipoh (2-1, menang)

Final

SMK Anderson vs MCKK (9-0)

Dengan ini STAR menamatkan aksi kejohanan di tempat ke tiga. Banyak peningkatan yang telah ditunjukkan terutamanya kejayaan menewaskan SMK Clifford di mana pada tahun lepas STAR tewas 1-12 dalam aksi persahabatan, dan seterusnya menewaskan SMK ACS 2-1 bagi menebus kehampaan tewas dalam kejohanan MSSD Kinta Utara tahun 2011 apabila tewas 1-0. Sekalung tahniah buat semua pemain dan jurulatih yang telah berusaha menempatkan STAR pada kedudukan yang semakin baik dari setiap kejohanan. Semoga kejayaan lebih gemilang akan dilakarkan pada Kejohanan Premier 2013 nanti. InsyaAllah.


Aksi menentang SMK Clifford


Perlawanan Separuh Akhir


Bersama pingat yang dimenangi






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...