Tenaga Nasional Berhad melangkah ke perlawanan akhir Piala TNB dengan menyekat Sapura 4-3 dalam separuh akhir kedua.
Perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan lebih dua jam akibat hujan lebat yang turun mencurah-curah di kawasan Lembah Klang. Bagaimanapun, keadaan padang yang ditakungi air tidak menjejaskan TNB untuk mempamerkan corak menyerang meskipun memiliki bekalan selesa berikutan kemenangan 5-3 dalam pertemuan pertama.
Juara bertahan, KLHC pula mudah menjinakkan Maybank dengan agregat 11-3 dengan kemenangan 5-2 dalam pertemuan kedua ini.Sapura bakal bertemu dengan Maybank bagi penentuan tempat ketiga pada hari Sabtu ini manakala KLHC akan dicabar Sapura dalam perlawanan akhir yang bakal berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil, esok.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA
0 comments:
Post a Comment