Powered by Blogger.

Monday, October 24, 2011

KHLC JUARA PIALA TNB 2011 DALAM AKSI DRAMATIK

KELAB Hoki Kuala Lumpur (KLHC) bangkit daripada ketinggalan dua gol pada babak pertama untuk mencatat kemenangan penuh dramatik 3-2 ke atas TNB pada perlawanan akhir Piala TNB malam tadi sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka musim lalu.
Penyerang sensasi skuad negara, Faizal Saari memastikan TNB di depan terlebih dulu apabila menjaringkan gol pada minit kelima hasil jaringan padang sebelum Amir Farid Ahmad Fuzi mengukuhkan kedudukan TNB apabila meledakkan gol kedua pada minit kelapan.


Ketika KLHC berada dalam situasi tertekan, TNB menggandakan asakan, namun kedudukan 2-0 kekal selepas tamat separuh masa pertama.


Bersambung babak kedua, KLHC memperkemaskan corak permainan mereka dan hasilnya Mohd Ameerullah Abd Aziz berjaya menjaringkan gol pada minit ke-59.


Tiga minit kemudian, bekas penyerang skuad negara, Chua Boon Huat menyamakan kedudukan hasil pukulan sudut penalti.



Gol penyamaan KLHC itu membuatkan TNB pula berada dalam tekanan dan ketua pasukan KLHC, Razie Rahim memanfaatkan situasi itu apabila muncul wira dengan menjaringkan gol ketiga KLHC pada minit ke-70.



Dengan kemenangan itu, KLHC bukan saja berjaya mempertahankan piala yang dimenangi musim lalu, malah membolot wang berjumlah RM60,000 sementara TNB pula RM40,000.


Sementara itu, Sapura menewaskan Maybank 3-0 pada penentuan tempat ketiga sekali gus kelab yang dibimbing I Vikneswaran itu meraih wang sebanyak RM30,000.

SUMBER : MYMETRO

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...