Powered by Blogger.

Thursday, June 6, 2013

MSSM HOKI 2013 : KEPUTUSAN SUKU AKHIR








Sumber sepenuhnya : mssmmoehoki

Keputusan P 12 dan L 12 akan dikemaskini selepas perlawanan.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

2 comments:

natasha said...

Pihak penganjur kejohanan terlalu memggunakan kesempatan selaku tuan rumah dengan mengubah beberapa kali lokasi tempat tinggal kontingen. Juga venue perlawanan diubah semasa mesyuarat Pengurus Pasukan dan semasa sesi pengundian peringkat kalah mati dijalankan, sekali lagi pihak penganjur mengubah venue perlawanan yang melibatkan pasukan P12 Melaka ke Stadium MBMB B. Sepatutnya semua lokasi tempat tinggal, jadual dan tempat perlawanan tidak boleh diubah sesuka hati kecuali jika terdapat halangan-halangan yang tidak dapat dielakkan kerana ianya telah dianggap rasmi apabila ianya telah dimuatnaik ke halaman tertentu dan dihantar melalui email ke negeri-negeri yang menyertai kejohanan ini.

Seterusnya mutu kepengadilan yang amat-amat memalukan. Ramai pengadil yang tidak berkelayakan, tidak menggunakan peraturan terkini dan langsung tidak profesional (berdendam jika dia diprovok oleh pihak pegawai pasukan atau penyokong pasukan yang terlibat, akibatnya pemain menjadi mangsa, permainan kucar-kacir dan yang jelas keputusan dilihat berat sebelah). Ada juga pengadil yang bertugas di luar negeri kelahirannya disuruh bertugas mengadili pasukan negeri kelahirannya (sudah tentu dia akan lebih condong kepada negeri kelahirannya).

Perkara-perkara sebegini adalah amat perlu diberi perhatian serius oleh pihak MSSM dan negeri-negeri penganjur dimasa akan datang bagi mengelakkan rasa tidak puas hati dari pasukan yang bertanding serta mengelakkan terjadinya insiden seperti pegawai pasukan menyerang pengadil, pegawai pasukan menendang dinding bangku simpanan, pegawai pasukan bertegang urat dengan Pegawai Teknikal dan pemain menjadi histeria.

IMANSHAH said...

Betul, setuju. Tak seronok kalah sebab fakto2 luaran yang menjadi penyebab kekalahan kan.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...