Powered by Blogger.

Friday, July 26, 2013

PASUKAN REMAJA BELASAH POLAND 8-2 DALAM AKSI PERSAHABATAN

Malaysia menebus kehampaan tewas kepada skuad senior Poland kelmarin apabila mencatat kemenangan 8-2 ke atas skuad remaja Poland pada perlawanan persahabatan ketiga siri Jelajah Eropah di Stadium Hoki WFA, Poznan semalam.
Skuad hoki remaja negara bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah bermula baik apabila Haziq Syamsol menjaringkan gol pertama seawal minit kelima sebelum Poland menyamakan kedudukan seminit sebelum tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Azwar Rahman menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit iaitu pada minit ke-40 dan 41 tetapi Poland mengurangkan defisit pada minit ke-43 bagi kedudukan 3-2.

Tetapi skuad negara kekal fokus dan akhirnya menjaringkan lima gol berturut-turut menerusi Syamim Yusof pada minit ke-45, Nor Aqmal Ghaffar (gambar) (m-58 dan 63) serta Dangerous Lee (m-61 dan 65).
“Ini persembahan paling meyakinkan selepas tiga siri perlawanan persahabatan kerana kami menjaringkan tujuh gol menerusi jaringan padang dan hanya satu pukulan sudut penalti.

“Kami perlu lebih konsisten apabila mengambil pukulan sudut penalti kerana mensia-siakan tujuh peluang pada perlawanan ini,” kata pengurus pasukan Mirnawan Nawawi.

Skuad remaja negara akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan menentang remaja Belgium di Antwerp bermula esok.

Sumber : METRO




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...