Powered by Blogger.

Wednesday, October 30, 2013

ATM PERTAHANKAN PIALA RAJA NOORA ASHIKIN

Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ) berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Raja Noora Ashikin bagi kali kedua berturut-turut di Stadium Azlan Shah, Ipoh semalam.
Juara bertahan itu mengalahkan Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) 3 - 1 dalam aksi final edisi ketujuh Kejohanan Hoki Piala RNA.
ATM yang menurunkan beberapa pemain kebangsaan telah mendahului PDRM 2 - 1 pada separuh masa pertama.
Kedua-dua gol tersebut dijaringkan oleh Juliani Mohamad minit ke-15 dan Nadia Abdul Rahim minit ke-21.
Gol tunggal PDRM disumbat oleh Fashiha Mokhtar pada minit ke-36.
Kedudukan ATM semakin kukuh apabila Nadia menambah gol ketiga pada minit ke-39. Kejayaan Nadia menjaringkan dua gol untuk ATM, beliau dipilih Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.Selain itu, pemain ATM, Rosmah Asrin dipilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan dan penjaga gol PDRM, Nurfarahin Sudin sebagai Penjaga Gol Terbaik.
Sementara itu, Melaka menduduki tempat ketiga setelah mengalahkan Kedah 5 - 0.
Kelima-lima gol kemenangan Melaka itu dijaringkan oleh Ellya Syahirah Elias yang muncul Penjaring Terbanyak dengan sepuluh gol.
Perak memenangi Piala Fairplay.

sumber : Perak News



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, October 27, 2013

ANACONDA STAR TERIMA ANUGERAH FULL COLOURS



Majlis Anugerah Kokurikulum STAR 2013 telahpun berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Alhamdulillah, pasukan hoki ANACONDA STAR berjaya menerima beberapa anugerah dalam majlis tersebut.

Full Colours Award

1) Muhammad Rizwan bin Ramli
2) Nadzrul Nazmi bin Abd. Razak
3) Muhammad Zahran Syahmi bin Armain
4) Muhammad Firdaus bin Zaki
5) Muhammad Firdaus bin Shahril
6) Muhammad Afiq bin Azman
7) Muhammad Fadil bin Bakri
8) Muhammad Nurhakim bin Ahmad Jalini

Principal Award

1) Muhammad Izham Nisha bin Husaini
2) Raja Muhammad Zainudin bin Raja Mamat
3) Mohamad Iqbal bin Mohd Ramlan
4) Amir Saifullah bin Abu Samah
5) Mior Amir Ikhwan bin Ahmad Nizam
6) Muhammad Ridhuan bin Halim
7) Muhammad Aiman Nazmi bin Idris
8) Muhammad Arif Aiman bin Mohd Zulkafli
9) Amirul Hafiz bin Abdullah Thani
10) Zaim Ariffin bin Kamarul Arifin

Sementara itu Muhammad Arif Aiman bin Mohd Zulkafli tercalon sebagai calon olahragawan harapan manakala Muhammad Zahran Shahmi bin Armain pula tercalon sebagai Olahragwan STAR. Namun, ke dua-dua pelajar tersebut tewas dalam kategori masing-masing. Dan pasukan hoki ANACONDA STAR turut tewas kepada pasukan Ragbi COBRATASHA dalam pemilihan pasukan terbaik sekolah 2013. Apapun, tahniah buat semua atas kejayaan ini. Semoga pasukan Hoki ANACONDA STAR berjaya dengan lebih cemerlang pada tahun mendatang.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

MJHL 2014 AKAN BERMULA PADA 10 JANUARI 2014

Mesyuarat Jawatankuasa  Pertandingan Malaysian Junior Hockey league telah mengambil ketetapan untuk  menjalankan MJHL 2014 pada 10 Januari 2014 sehingga 10 Mac 2014. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 November  2013. Maklumat tambahan akan menyusul nanti.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, October 8, 2013

KARNIVAL STAR-MCKK, ANACONDA TEWASKAN MIGHTYDUCK DI LAMAN SENDIRI

Karnival STAR-MCKK Bawah 14 tahun memasuki tahun ke-2 edisi penganjurannya. Sebanyak enam jenis sukan iaitu bola sepak, bola keranjang, hoki, ragbi, bola baling dan catur dipertandingkan. Manakala Debat Bahasa Melayu dan Debat Bahasa Inggeris melengkaplan sebanyak LAPAN acara yang dipertandingkan. Untuk tahun 2013, MCKK menjadi tuan rumah kepada sukan hoki, ragbi, bahas Bahasa Melayu dan bahas Bahasa Ingeris, manakala STAR menjadi tuan rumah bola sepak, bola keranjang, bola baling dan catur. 

Perlawanan hoki STAR melawan MCKK telah dilangsungkan di Stadium Hoki KISDAR, Kuala Kangsar. Dalam perlawanan ini STAR berjaya menewaskan MCKK dengan jaringan 2-0. Gol-gol telah disumbangkan oleh Awie dan juga Haris Iskandar. Kedudukan separuh masa pertama STAR 1 dan MCKK 0.

Secara keseluruhannya, STAR berjaya menucar kacirkan pertahanan MCKK dengan asakan yang bertali arus, namun sayangnya tiada penyudah yang berkesan oleh barisan penyerang STAR. Apapun, STAR berjaya mengekalkan kemenangan pada tahun 2012 (3-0) di Ipoh. Semoga Anaconda Junior berjaya mempertahankan kejuaraan pada tahun 2014. Jumpa lagi di Ipoh.


Barisan pemain dan jurulatih. STAR Hockey turut dikenali sebagai ANACONDA.


STARIAN menyanyikan Lagu Sekolah Ilmu Panduan Hidup.


Pasukan MCKK, juga dikenali MightyDuck. 


Serangan bertali arus oleh STAR. 


MCKK menghantar penyokong, sedangkan STAR Hockey seperti biasa sunyi dari teriakan penyokong. Namun, tetap bersemangat mempertahankan maruah.


Kedudukan kekal 2-0 sehingga tamat masa permainan.










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...