Powered by Blogger.

Wednesday, October 30, 2013

ATM PERTAHANKAN PIALA RAJA NOORA ASHIKIN

Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ) berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Raja Noora Ashikin bagi kali kedua berturut-turut di Stadium Azlan Shah, Ipoh semalam.
Juara bertahan itu mengalahkan Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) 3 - 1 dalam aksi final edisi ketujuh Kejohanan Hoki Piala RNA.
ATM yang menurunkan beberapa pemain kebangsaan telah mendahului PDRM 2 - 1 pada separuh masa pertama.
Kedua-dua gol tersebut dijaringkan oleh Juliani Mohamad minit ke-15 dan Nadia Abdul Rahim minit ke-21.
Gol tunggal PDRM disumbat oleh Fashiha Mokhtar pada minit ke-36.
Kedudukan ATM semakin kukuh apabila Nadia menambah gol ketiga pada minit ke-39. Kejayaan Nadia menjaringkan dua gol untuk ATM, beliau dipilih Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.Selain itu, pemain ATM, Rosmah Asrin dipilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan dan penjaga gol PDRM, Nurfarahin Sudin sebagai Penjaga Gol Terbaik.
Sementara itu, Melaka menduduki tempat ketiga setelah mengalahkan Kedah 5 - 0.
Kelima-lima gol kemenangan Melaka itu dijaringkan oleh Ellya Syahirah Elias yang muncul Penjaring Terbanyak dengan sepuluh gol.
Perak memenangi Piala Fairplay.

sumber : Perak News



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...