Powered by Blogger.

Tuesday, October 8, 2013

KARNIVAL STAR-MCKK, ANACONDA TEWASKAN MIGHTYDUCK DI LAMAN SENDIRI

Karnival STAR-MCKK Bawah 14 tahun memasuki tahun ke-2 edisi penganjurannya. Sebanyak enam jenis sukan iaitu bola sepak, bola keranjang, hoki, ragbi, bola baling dan catur dipertandingkan. Manakala Debat Bahasa Melayu dan Debat Bahasa Inggeris melengkaplan sebanyak LAPAN acara yang dipertandingkan. Untuk tahun 2013, MCKK menjadi tuan rumah kepada sukan hoki, ragbi, bahas Bahasa Melayu dan bahas Bahasa Ingeris, manakala STAR menjadi tuan rumah bola sepak, bola keranjang, bola baling dan catur. 

Perlawanan hoki STAR melawan MCKK telah dilangsungkan di Stadium Hoki KISDAR, Kuala Kangsar. Dalam perlawanan ini STAR berjaya menewaskan MCKK dengan jaringan 2-0. Gol-gol telah disumbangkan oleh Awie dan juga Haris Iskandar. Kedudukan separuh masa pertama STAR 1 dan MCKK 0.

Secara keseluruhannya, STAR berjaya menucar kacirkan pertahanan MCKK dengan asakan yang bertali arus, namun sayangnya tiada penyudah yang berkesan oleh barisan penyerang STAR. Apapun, STAR berjaya mengekalkan kemenangan pada tahun 2012 (3-0) di Ipoh. Semoga Anaconda Junior berjaya mempertahankan kejuaraan pada tahun 2014. Jumpa lagi di Ipoh.


Barisan pemain dan jurulatih. STAR Hockey turut dikenali sebagai ANACONDA.


STARIAN menyanyikan Lagu Sekolah Ilmu Panduan Hidup.


Pasukan MCKK, juga dikenali MightyDuck. 


Serangan bertali arus oleh STAR. 


MCKK menghantar penyokong, sedangkan STAR Hockey seperti biasa sunyi dari teriakan penyokong. Namun, tetap bersemangat mempertahankan maruah.


Kedudukan kekal 2-0 sehingga tamat masa permainan.










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...