Powered by Blogger.

Tuesday, November 25, 2014

HATRIK SAKBA OPEN

Saban tahun, STAR dan MCKK akan mengadakan Karnival Sukan antara ke dua-dua sekolah SBP Premier di Perak ini bagi peringkat umur bawah 14 tahun. Karnival ini berobjektifkan untuk mewujudkan hubungan baik antara ke dua-dua sekolah melalui penganjuran beberapa acara sukan. Sebanyak lima sukan telah dipertandingkan iaitu Ragbi, futsal, bola sepak, bola keranjang dan hoki.
Pada tahun ini STAR hanya memenangi 1 sukan sahaja iaitu hoki apabila menewaskan MCKK 3-0 manakala MCKK memenangi 4 sukan dalam ragbi, bola sepak, bola keranjang dan futsal. Alhamdulillah, sekali lagi pasukan hoki STAR berjaya menyelamatkan maruah STAR apabila menang dan tidak membiarkan STAR dimalukan 5-0. Untuk rekod, kejayaan pasukan hoki ini secara konsisten menyumbang mata untuk STAR apabila memenanginya sejak tahun 2012 dan 2013 dan kali ini 2014. Secara keseluruhannya MCKK 4-1 STAR.
Diharapkan karnival seumpama ini akan diteruskan pada masa yang akan datang sebagai satu platform untuk memupuk semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan pelajar STAR dan MCKK.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...