Powered by Blogger.

Tuesday, November 25, 2014

STAR JUARA DI SINGAPURA

Selaras dengan hasrat untuk mengangkasakan kegiatan kokurikulum di STAR, maka pasukan hoki STAR atau lebih dikenali sebagai Anaconda telah mengorak langkah untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Dan Singapura adalah destinasi yang dituju untuk satu kejohanan jemputan iaitu Interstraits Hockey Tournament MAS-Singapura 2014. Kejohanan jemputan ini merupakan kali ke-4 penganjurannya oleh Northland Secondary School. Yishun, Singapura. 
STAR turut serta bersama 5 sekolah dari Malaysia iaitu STAR, SMS Muzafar Shah(MOZAC), SMS Johor, Sekolah Menengah Tinggi Muar dan SMK Dato' Penggawa Barat. Semua perlawanan dilangsungkan di Northland Secondary School kerana sekolah tersebut merupakan sekolah projek hoki di Singapura dan memiliki stadium astroturf sendiri.
Alhamdulillah, penyertaan pertama STAR telah membawa kejayaan yang cemerlang apabila muncul JOHAN manakala bagi kategori perempuan dimenangi oleh SM Sains Johor. Tahniah dan syabas kepada semua pemain dan jurulatih yang diketuai oleh Cikgu Shahnun Abdul Ghani. Moga program sebegini dapat diteruskan bagi mewujudkan hubungan baik anatara pelajar-pelajar di ke dua-dua sekolah. Jumpa lagi Singapura !

Bergambar bersama pasukan NSS, Singapura


Antara pasukan yang mengambil bahagian


Majlis Penutupan


Kemenangan milik kami.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...