Powered by Blogger.

Wednesday, December 7, 2011

KEJOHANAN HOKI DEWAN BAWAH 14 TAHUN KEBANGSAAN

Pada 3-5 Disember 2011 telah berlangsung Kejohanan Hoki Dalam Dewan Bawah 14 Peringkat Kebangsaan. Kejohanan ini telah diadakan di Majlis Sukan Negeri Perak, Ipoh. Sebanyak 12 pasukan negeri telah menyertai kejohanan tiga hari ini kecuali Sabah dan Sarawak. Berikut merupakan keputusan kejohanan.  

Juara : Perak
Naib Juara : Melaka
Ke tiga : Johor
Ke empat : Selangor

Tahniah kepada pasukan Perak yang telah muncul juara dalam kejohanan edisi pertama ini. Semoga kejohanan ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

BIRU STADIUMKU

Pemasangan turf biru di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah kini telah hampir siap. Turf yang saujana mata memandang ini telahpun dipasang sebanyak 50 peratus dan dijangka siap pada penghujung tahun 2011. InsyaAllah Ipoh akan mendapat stadium astroturf pertama bewarna biru di Malaysia. Tak sabar rasanya melihat pasukan hoki STAR beraksi di stadium ini. 


Kerja-kerja pemasangan sudah separuh jalan.


Pandangan dekat. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, November 28, 2011

PENCAPAIAN SEPANJANG TAHUN 2011 KELAB HOKI STAR


Tahun 2011 merupakan antara tahun paling sibuk pasukan hoki STAR. Setelah lama menyepi dengan hanya menyertai kejohanan hoki peringkat MSSD dan SBP, pada tahun ini STAR telah menyertai banyak aktiviti dan juga kejohanan. Berikut merupakan laporan penuh pasukan hoki STAR bagi tahun 2011.

1) Liga Hoki Perak Bawah 19 tahun

STAR vs SERATAS (tewas 0-4)
STAR vs Kuala Kangsar (tewas 0-7)
STAR vs Politeknik Ungku Omar ( Menang 2-1)
STAR vs Dewan Bandaraya Ipoh (tewas 0-7)
STAR vs Anderson A (tewas 0-7)
STAR vs Anderson B (menang 2-1)
STAR vs 1 Mas A (Menang 2-0)
STAR vs 1 Mas B (Menang 5-0)

STAR menduduki tempat ke-5 keseluruhan liga.


2) Kejohanan MSSD Kinta Utara

 Peringkat kumpulan
STAR vs SMK Aminudin Baki (Menang 3-0)
STAR vs SMK Tanjung Rambutan (Menang 1-0)

Suku Akhir
STAR vs ACS Ipoh (tewas 0-1)

3) Kejohanan SBP Zon Utara

Peringkat Kumpulan
STAR vs SM Sains Pokok Sena (Menang 1-0)
STAR vs SM Sains Kubang Pasu (Menang 3-0)
STAR vs SBPI Kubang Pasu (Menang 4-0)

Suku Akhir
STAR vs SM Sains Kepala Batas (Menang 4-0)

Separuh akhir
STAR vs MCKK (Menang 4-3 penalti)

Akhir
STAR vs SERATAS (Menang 1-0)


3) Kejohanan SBP Kebangsaan

Peringkat Kumpulan 
STAR vs SM Sains Machang (tewas 0-1)
STAR vs Sekolah Sultan Alam Shah (tewas 0-1)

STAR gagal ke peringkat kalah mati.


4) Kejohanan 1 MAS Kebangsaan (B16)

12 pemain mewakili 1Mas Perak.

Muhammad Faris Habeha (Tingkatan 4)
Muhammad Nur Alham (Tingkatan 4)
 Muhammad Rizuan Ramli (Tingkatan 3)
Muhammad Firdaus Muhd Zaki (Tingkatan 3)
Raja Zainudin (Tingkatan 2)
Muhd Iqbal  (Tingkatan 2)
Muhd Izham Nisha  (Tingkatan 2)
Amir Saifullah  (Tingkatan 2)
Amirul Hafiz  (Tingkatan 2)
Muhammad Zaim  (Tingkatan 2)
Muhaamad Ridhwan  (Tingkatan 2)
Azam Azfar  (Tingkatan 2)

Keputusan : tewas dua kali, menang sekali.



5) Kejohanan Remaja  Bandaraya Ipoh/MILO Antarabangsa.

Peringkat Kumpulan
STAR vs Bakat Kuala Lumpur A (Seri 0-0)
STAR vs Mutiara Impian Juniors  (Menang 2-1)
STAR vs SM Sains Machang (Menang 2-0)
STAR vs Hutan Melintang Dragon  (Menang 2-1)

Suku Akhir
STAR vs Sekolah Sukan Bandar Penawar (tewas 0-1)


6) Perlawanan Persahabatan

STAR vs STAROBA (Menang 2-1)
STAR vs Kinta Selatan (Menang 5-2)
STAR vs SBPI Gopeng (Menang 1-0)
STAR vs Anderson (tewas 1-3)
STAR vs Anderson Junior (Menang 2-1)
STAR vs MCKK (Menang 1-0)


7) Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Primier Zon Perak

Peringkat Kumpulan
STAR vs SMK St Michel (Menang 2-0)
STAR vs SMK King Edward (Menang 5-1)
STAR vs SMK Clifford (Menang 3-1)
STAR vs MCKK (tewas 0-1)

Separuh Akhir
STAR vs SMK Anderson (tewas 1-6)

Tempat ke 3/4
STAR vs ACS Ipoh (menang 2-1)


8) Kejohanan Mendulang Emas JPN Zon 2 (B16)

STAR vs SMK Seri Iskandar (Menang 2-0)
STAR vs SMK Pantai Remis (Menang 5-0)
STAR vs SMK Clifford (Menang 3-0)

STAR muncul johan zon dan layak ke peringkat negeri.


9) Kejohanan Empat Penjuru (B16)

STAR vs SERATAS (tewas 0-1)
STAR vs SMK Clifford (tewas 1-2)
STAR vs MCKK (Menang 2-0)


10) Kejohanan Mendulang Emas JPN Peringkat Negeri Perak

STAR vs Larut, Matang, Selama (tewas 0-1)
STAR vs Anderson (seri 0-0)
STAR vs Hilir Perak (seri 0-0)
STAR vs Perak Bawah 14 (seri 0-0)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, November 24, 2011

STADIUM HOKI SULTAN AZLAN SHAH MENGALAMI TRANSFORMASI

Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh sekali lagi mengalami transformasi. Stadium yang menjadi tempat pemain-pemain hoki STAR dan sekolah-sekolah di sekitar Ipoh ini membesar akan dinaiktaraf apabila turf yang bewarna hijau dikhabarkan akan ditukar kepada bewarna biru. Ini kerana dikatakan turf hijau jika dimainkan dengan bola bewarna putih menyebabkan para pemain sukar untuk melihat bola. Mulai tahun depan juga, penggunaan bola bewarna kuning akan diperkenalkan di stadium ini jika turf ditukar kepada warna biru.

Diharapkan transformasi yang berlaku ini akan menaikkan semangat semua pemain STAR. Bukan senang untuk berada dan bermain di stadium bertaraf Olimpik. Sama-sama kita nantikan perubahan wajah Stadium Hoki Sultan Azlan Shah ini.


Keadaan stadium yang sudah dibuang turf.


Turf baru bewarna biru sudah sampai. Tunggu masa untuk dipasang.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, November 18, 2011

SELAMAT BERCUTI ANACONDA FAMILY


Kepada semua ahli ANACONDA FAMILY, selamat bercuti dari saya. Semoga cuti ini mendatangkan manfaat buat semua. Kepada yang ingin melancong, selamat melancong, yang ingin meneruskan tuisyen, Alhamdulillah persediaan awal untuk kalian. Namun, sebagaimana yang telahpun kita bincangkan bersama malam tadi, seharusnya diambil perhatian yang serius oleh semua. 

Peluang masih terbuka untuk sesiapa sahaja untuk berada dalam pasukan sekolah tahun hadapan. Walaupun anda masih di tingkatan dua, mahupun satu, namun jika masa sebulan ini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk menambahkan kemahiran dan 'basic skill' masing-masing, insyaAllah peluang terbuka untuk semua. 

Teruskan latihan sendiri di rumah. Latihan 'fitness' dan kemahiran asas tidak boleh ditinggalkan. Semoga visi dan mis kita untuk menjulang ANACONDA ke peringkat tertinggi tahun 2012 akan berjaya. Selamat bercuti dan wassalam.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, November 16, 2011

FRIENDLY STAR VS SBPI GOPENG

Penutup kepada segala aktiviti Kelab Hoki STAR Ipoh ialah perlawanan persahabatan menentang pasukan Bawah 16 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng. Perlawanan ini bertempat di padang KTMB, Batu Gajah, Perak.


Dalam perlawanan yang berlangsung dalam tiga quarter ini kedua-dua pasukan telahpun mneunjukkan permainan seimbang dan saling berbalas serangan. Walaubagaimanapun, hanya jaringan yang memisahkan kedua-dua pasukan. Walaupun mendapat banyak peluang, STAR hanya mampu mencipta satu jaringan sahaja melalui jaringan padang oleh Faris Habeha. Ternyata banyak peluang yang terhidang di depan mata gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penyerang. Keputusannya STAR menewaskan SBPI Gopeng 1-0.

Apapun sesi 'team talk' bersama pasukan telahpun diadakan, dan banyak kelemahan yang telahpun dibincangkan bersama. Diharapkan pasukan akan mampu meneruskan legasi kecemerlangan pada tahun hadapan, insyaAllah.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, November 15, 2011

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI


Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai. Setiap kemahiran yang ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, harapan kami agar pelajar dapat berusaha untuk mengusai kemahiran yang telah diajar.
Hoki juga satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan teknikal. Ia sangat penting kerana ia memberikan kelebihan seseorang pemain itu dengan pemain yang lain. Apabila seseorang pemain itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, ia memberi peluang kepada meraka untuk kreativiti dan gaya individual.
Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola.



1.Menggelecek

Menggelecek adalah kemahiran yang penting. Kemahiran ini perlu dikuasai untuk membawa bola, melepaskan diri daripada pemain lawan, mengekalkan pemilikan bola, menukar arah, dan sebagainya. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu menggelecek longgar, menggelecek rapat, dan menggelecek ‘Indian’(Indian Dribble).




2. Memukul

Memukul juga kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai oleh setiap pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola bergerak dengan cepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya bola tidak tersasar ke arah lain.



kedudukan yang betul semasa memukul bola statik.Pastikan kayu dipegang dengan kemas.



Pastikan pemain fokus pada bola semasa hendak memukul bola. Pegangan dan hayunan kayu yang betul juga dapat menghasilkan pukulan yang kuat.



3. Menolak

Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun tugasnya sama seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada bola adalah berlainan. Kebiasaannya tiada bunyi ketukan terhasil dari tolakan bola. 






4. Menerima dan menahan bola

Kemahiran menerima atau menahan bola juga salah satu kemahiran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang dihantar dari rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola masih berada dalam kawalan pasukan sendiri, tidak jatuh ke pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima atau menahan bola boleh dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak.




Kesalahan yang kerap dilakukan



Terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain atau pelajar semasa menggunakan kemahiran memukul ini. Apabila kesalahan dilakukan ia menyebabkan kesan yang negatif dan tidak diingini. contoh bola tidak sampai ke penerima, arah bola berlainan, dan bola keluar dari kawasan permainan atau jatuh ke pihak lawan.

Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah:

i. Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar menyebabkan kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak pergi jauh.



ii. Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan yang terlalu dekat menjadikan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat.



iii. Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan tersebut sedikit berkurangan.



iv. Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangan ketika hendak memukul bola.



v. Bahu tidak menunju ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.




Semoga pelajar atau pemain dapat mengenalpasti dan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan dalam mengusai kemahiran.

SUMBER : skkionsom


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...