Perlawanan pertama sebagai pemanas badan sememangnya sangat ditungu-tunggu. Lalu satu perlawanan persahabatan untuk pasukan bawah 18 tahun telah diatur dengan SMK Clifford, pasukan yang sangat digeruni lawan mahupun kawan. berbekalkan dengan kemampuan pasukan yang tidak seberapa, kami bergerak ke Kuala Kangsar. SMK Clifford di bawah bimbingan Cikgu Nizam iaitu jurulatih negeri amat cemerlang dalam sukan hoki.
Perlawanan diadakan di Padang kolej Islam Darul Ridzuan dalam keadaan hujan lebat. Natijahnya dalam tempoh sejam, gawang kami bolos dua belas kali. Sesuatu yang sungguh menyedihkan. Perlawanan pertama sebagai pengurus berakhir dengan hikayat memilukan. Namun kami akur dengan reputasi pihak lawan yang memiliki seribu banyak kelebihan berbanding kami. kami mendapat satu gol sagu hati melalui jaringan Aiman Syahir.
Kami pulang ke Ipoh dengan perasaan berbaur..malu dan sedih.Apapun itulah pengajaran terbaik kepada para pemain agar terus berusaha gigih menjaga maruah pasukan. Sesuatu harus dilakukan.
Tiga tahun lagi segalanya pasti berubah, INSYAALLAH.
Tiga tahun lagi segalanya pasti berubah, INSYAALLAH.
1 comments:
12-1...xde la teruk sgt.
Post a Comment