Powered by Blogger.

Tuesday, May 11, 2010

KEJOHANAN HOKI MSSD KINTA UTARA 2010




Akhirnya tarikh yang ditunggu-tunggu pun tiba. Tanggal 1-4 Mac 2010 telah berlangsung Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh. Sebanyak 9 buah sekolah telah mengesahkan untuk mengambil bahagian. Dalam kumpulan A menemukan SMK Anderson, SMK Tanjung Rambutan dan SMK St Michael. Dalam kumpulan B pula menemukan SMK Sungai Pari, SMK ACS Ipoh dan SMK Tambun, manakala STAR diletakkan dalam kumpulan C bersama SMK Bercham dan SM Teknik Lebuh Cator, Ipoh.

Perlawanan pertama, STAR telah bertemu dengan SM Teknik Lebuh Cator. Dan keputusannya STAR berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 3-0. Gol-gol hasil jaringan Aiman Shahir pada minit ke- 12, Nasruddin pada minit ke- 21 dan Alimin pada minit ke-40. Kemenangan ini berjaya menyuntik moral yang tinggi terhadap pasukan untuk bertemu SMK Bercham keesokan harinya.

Hari ke dua kejohanan menemukan STAR dengan SMK Bercham. Momentum kemenangan diteruskan oleh para pemain. Kali ini STAR berjaya merakamkan kemenangan bergaya ke atas SMK Bercham dengan keputusan 7-0. Sekali lagi Muhammad Nasruddin berjaya mencatatkan hatrik dengan tiga gol pada minit ke- 7, 14 dan 19. Al-Muazzin turut mencatatkan nama sebagai penjaring dengan satu gol pada minit ke-20 melengkapkan kedudukan 4-0 separuh masa pertama.

Separuh masa kedua STAR semakin galak menambahkan gol apabila menambah tiga lagi gol pada minit ke-36 dan 44. Kedua-dua gol hasil jaringan Khalis. Manakala Faris Habeha berjaya melengkapkan kedudukan 7-0 pada minit-minit akhir perlawanan.

STAR berjaya mengungguli Kumpulan C dan melayakkan diri ke peringkat kalah mati iaitu X dan Y. Anderson, Tambun dan Teknik leboh Cator diletakkan dalam kumpulan X, manakala STAR bersama ACS Ipoh dan Tanjung Rambutan. Namun begitu, walaupun undian dilihat sedikit memihak kepada STAR, namun jadual perlawanan agak meresahkan.

STAR dijadualkan bermain dalam dua perlawanan dalam tempoh 3 jam. Dalam perlawanan pertama Alhamdulillah, STAR berjaya menewaskan pasukan yang agak kuat ACS Ipoh hasil jaringan Muhammad Alimin. Namun, seperti yang dijangka, STAR gagal mengekang kemaraan SMK Tanjung Rambutan, walaupun menang dalam perlawnan persahabatan sebelum ini. STAR tewas 0-1. STAR buntu untuk menjaringkan gol walaupun telah berjaya menguasai hampir 90 peratus permainan. Akhirnya, kami terkeluar daripada perebutan ke final apabila ACS muncul juara kumpulan Y setelah mengalahkan Tanjung Rambutan di sebelah petang 2-0.

Apapun, tahniah kepada semua pemain yang bertungkus lumus. Kami tetap berbangga apabila mencatat kemenangan bergaya di peringkat kumpulan. Mungkin nasib tidak menyebelahi STAR kali ini..Jumpa lagi tahun hadapan.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

1 comments:

trulyidea said...

setakat ni pencapain tertinggi star dlm peringkat daerah kinta utara ialah tempat ke-3..harap dapat memecahkan dominasi anderson..mane le tau tetibe star jd power..skola len stret kecot dgr nama STAR..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...