Powered by Blogger.
Showing posts with label PIALA RAZAK. Show all posts
Showing posts with label PIALA RAZAK. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

TERENGGANU JUARA PIALA RAZAK 2012

Pahang gagal menggunakan peluang beraksi di tempat sendiri apabila kalah kepada Terengganu 0-3 dalam perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Tun Razak ke-50 di Stadium Hoki Kuantan, Indera Mahkota di sini, semalam.

Kejayaan itu menyaksikan Terengganu mencipta sejarah menjulang Piala Tun Razak buat kali pertama dan membawa pulang RM10,000.

Terenganu mendapat gol pertama hasil jaringan padang Mohd. Firhan Ashari seawal minit pertama.Terengganu yang beraksi garang beberapa kali berjaya dijinakkan Pahang sehingga kedua-dua pasukan buntu mengatur strategi demi strategi.

Pahang yang mendapat tiga pukulan sudut penalti pada separuh masa pertama gagal memanfaatkan peluang itu selepas penjaga gol Terengganu, Muhammad Hafizuddin Othman beraksi cemerlang.

Masuk separuh babak kedua, Terengganu mula mengaturkan strategi dan menambah jaringan menerusi jaringan padang Faizal Shaari minit ke-41 dan gol kemenangan menerusi Mohd. Fitri Saari minit ke-50.
Sementara itu, juara tahun lalu Kuala Lumpur hanya sekadar berjaya menduduki tempat ketiga apabila menumpaskan Negeri Sembilan 8-4.

Gol Kuala Lumpur dijaringkan oleh Chua Boon Huat (minit ketiga, minit kelapan dan minit ke-20), 
Muhammad Razie Abd. Rahim (minit ke-34, minit ke-40, minit ke-44 dan minit ke-56) dan Mohd. Shamim Mohd. Yusoff minit ke-57.

Sementara Negeri Sembilan mendapat gol hasil jaringan Dangerous Lee (minit ke-35, minit ke-49 dan minit ke-52) dan Muhd. Ikhwan Ishak minit ke-70.

Pada perlawanan akhir Divisyen 2 pula, Melaka muncul juara selepas menang tipis ke atas Selangor dengan jaringan 5-4.

Hadir menyaksikan perlawanan, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Sha, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (HMC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

SUMBER : UTUSAN

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, October 16, 2012

HOKI PIALA RAZAK TUKAR FORMAT TAHUN 2013

KUANTAN - Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) akan menukar format Kejohanan Hoki Piala Razak pada edisi 2013 bagike-50 tahun ini. Presiden MHC, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, berdasarkan persembahan beberapa pasukan pada kejohanan kali ini terlalu banyak jurang antara pasukan sehingga mencatat jumlah jaringan yang besar.

"Saya rasa format kejohanan perlu ditukar pada edisi akan datang bagi memastikan barisan pemain yang beraksi mewakili negeri masing-masing benar-benar bersedia," katanya di sini semalam.

Katanya, pada perlawanan semalam, pasukan yang tewas seakan tidak bersedia hingga akur dengan kekalahan besar seperti kemenangan Kuala Lumpur 6-1 ke atas Perak.
  memperkasa dan mengembalikan status cemerlang dalam kejohanan yang mencapai penganjuran kali
"Ini jelas menunjukkan perlu ada satu format baru untuk digunakan bagi membolehkan mereka dapat bersaing dengan lebih adil," katanya.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah berkata, pemilihan Pahang selaku tuan rumah pada edisi ke-50 itu juga bagi menarik minat orang ramai meminati sukan hoki yang tidak mendapat publisiti seperti bola sepak.
"Oleh itu, kejohanan yang tertua di negara ini diharap dapat menghidupkan sukan hoki berdasarkan kemudahan gelanggang bertaraf antarabangsa.

"Saya harap pasukan yang bertanding kali ini dapat mempamerkan mutu permainan membanggakan dan berkualiti tinggi," katanya.

Pada kejohanan yang bermula kelmarin, sebanyak 15 pasukan berentap untuk merebut Piala Tun Razak yang diadakan di Stadium Hoki Kuantan (SHK) selama sembilan hari.

Divisyen Satu dibahagikan kepada dua iaitu Kumpulan A diwakili juara bertahan, Kuala Lumpur, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Perak dan Negeri Sembilan manakala Kumpulan B pula Pahang, Terengganu, Pulau Pinang dan Johor.

Divisyen Dua menyaksikan penyertaan Melaka, Selangor, Kedah, Perlis, Sabah, Kelantan dan Polis.

Tengku Abdullah berharap orang ramai di sekitar negeri ini dapat bersama-sama hadir bagi memeriahkan lagi acara tersebut.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, October 7, 2012

TERENGGANU SASAR JUARAI HOKI PIALA RAZAK 2012

TIGA pemain senior adalah antara 16 pemain disenaraikan Persatuan Hoki Terengganu (PHT) bagi membawa cabaran Terengganu pada Kejohanan Hoki Piala Tun Razak ke-50 di Kuantan, Pahang dari 14 hingga 23 Oktober ini.
Setiausaha PHT Sabri Salleh berkata tiga pemain senior yang akan memperkuatkan pasukan Terengganu dalam memburu kejuaraan pertama pada kejohanan itu ialah Mohd Sharun Nabil Abdullah, Shahrin Mohamad dan Engku Abdul Malik Engku Mohamad.
"Pemain selebihnya terdiri daripada muka baru yang mewakili Terengganu dalam acara hoki pada Sukan Malaysia (Sukma) di Pahang Julai lepas," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata ketika ini, kebanyakan pemain Terengganu menyertai Kejohanan Liga Hoki Malaysia (LHM) dengan mewakili beberapa pasukan, antaranya Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sapura, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC).
Katanya Terengganu mempunyai peluang cerah merangkul kejuaraan sulung pada kejohanan tersebut berdasarkan prestasi semasa pemain dalam kejohanan LHM.
Beliau, bagaimanapun berkata PHT sedikit terkilan kerana tidak dapat mengumpulkan semua pemain menjalani pusat bagi menghadapi kejohanan itu kerana masing-masing terikat dengan kejohanan LHM.
"Kita mungkin dapat kumpulkan mereka di Kuantan pada 12 Oktober selepas perlawanan akhir kejohanan LHM yang dijadualkan pada 10 Oktober," katanya.
Terengganu menamatkan cabaran pada kejohanan tersebut tahun lepas di tempat ketiga dan ia merupakan pencapaian terbaik pasukan itu dalam penyertaan mereka pada Piala Tun Razak.
Sabri berkata Piala Tun Razak tahun ini juga akan menjadi pentas mengenal pasti pemain bagi mewakili pasukan hoki dari Terengganu yang akan ditubuhkan tahun depan untuk bersaing dalam kejohanan LHM.
Pada Piala Tun Razak kali ini, beliau berkata, pasukan Terengganu akan dibimbing oleh jurulatih Nik Rozimi Nik Mohamad. - Bernama

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, August 6, 2011

KL JUARA PIALA RAZAK

MELAKA, (Bernama) - Juara bertahan Kuala Lumpur menewaskan Pahang 1-0 untuk muncul juara pada perlawanan akhir divisyen 1 Kejohanan Hoki Piala Tun Razak ke-49 di Stadium Hoki, Bukit Serindit di sini malam ini.
Gol kemenangan Kuala Lumpur yang secara keseluruhan memenangi piala itu untuk kali ke-19, dihasilkan oleh Nabil Fiqri Mohd Noor pada minit ketiga separuh masa kedua tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat pada permainan sepenuh masa 70 minit.
Nabil Fiqri, 24, bijak membuat tolakan ke dalam menerusi jaringan gol padang setelah menerima umpanan Kelvinder Singh untuk menewaskan penjaga gol Pahang, Khairul Nizam Ibrahim.
Kuala Lumpur memperoleh tujuh peluang menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti tetapi Khairul Nizam yang dipilih pemain terbaik perlawanan akhir, bertindak cemerlang mengawal pintu gol.
Pahang, juara Divisyen 2 pada kejohanan lepas dan muncul pada final kedua mereka selepas 1997, banyak bertahan dan sekali-sekala melakukan serangan balas.
Jurulatih Pahang, Izwan Suhardi Selamat ketika ditemui selepas perlawanan berkata beliau amat berpuashati dengan prestasi keseluruhan anak buahnya pada perlawanan akhir ini.
Dalam satu lagi perlawanan, Terengganu mengatasi Angkatan Tentera 4-3 untuk menduduki tempat ketiga.
Bagi perlawanan akhir Divisyen 2, Negeri Sembilan muncul juara mengatasi Selangor 1-0 menerusi jaringan Azraei Mohd Azizan.

SUMBER : ARENA.MY

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, March 25, 2011

HOKI PIALA RAZAK DIBAHAGIKAN LIMA ZON

ADA pembaharuan yang dilakukan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dalam format Piala Tun Abdul Razak 2011 musim ini apabila pasukan dibahagikan kepada lima zon pada pusingan kelayakan sebelum diasingkan kepada dua divisyen - 1 dan 2. 

Timbalan Presiden PHM, Nur Azmi Ahmad berkata, pembaharuan itu akan memberi peluang kepada setiap pasukan bertanding lebih banyak pendedahan perlawanan, selain ruang kepada pasukan yang tidak layak beraksi dalam divisyen 1 untuk beraksi dalam divisyen 2.

Katanya, PHM secara dasarnya bersetuju memberikan sumbangan kepada semua pasukan sebanyak RM1,000 bagi setiap perlawanan yang disertai di peringkat zon bagi membangkitkan semangat mereka berjuang, selain menghangatkan perlawanan.
“Kita ada pusingan kelayakan mengikut zon... ada 20 pasukan dan yang teratas di peringkat zon masing-masing akan bertanding dalam pusingan akhir sebelum dipecahkan ke divisyen 1 dan divisyen 2. Seterusnya kejohanan akan kembali pada format Piala Tun Abdul Razak yang asal. 

“Hanya mereka yang beraksi dalam divisyen 1 akan memenangi piala dan wang tunai manakala yang bersaing dalam divisyen 2 memenangi wang tunai dan pingat,” katanya pada pelancaran logo baru PHM/100PLUS Piala Tun Abdul Razak ke-49 di Bukit Jalil, semalam. 

Kejohanan Piala Tun Abdul Razak musim ini turut menerima suntikan 100PLUS RM1.5 juta untuk tiga tahun dengan RM300,000 dalam bentuk wang tunai dan RM200,000 dalam bentuk barangan. 

Pusingan kelayakan mengikut zon dijadualkan bermula 27 Mei sehingga 3 Julai sebelum perlawanan mengikut divisyen selama 10 hari membuka tirainya pada 21 hingga 30 Julai. 
“Pusingan akhir akan beraksi di Melaka selepas kemudahan di Pahang terpaksa menjalani proses baik pulih untuk Sukan Malaysia (SUKMA) dan kelayakan Olimpik.” 

Monday, May 17, 2010

KUALA LUMPUR JUARA HOKI PIALA RAZAK

Harvinder Singh menjadi wira Kuala Lumpur apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan 1-0 ke atas Perak pada perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Razak, semalam.

Pada perlawanan yang sengit itu, kedua-dua pasukan yang bersaing dalam saingan Divisyen 1 saling membalas serangan, namun pertahanan kedua-dua pasukan amat utuh sekali.

Usaha Kuala Lumpur untuk menembusi gawang berjaya dinafikan benteng pertahanan Perak.

Sementara serangan Perak yang garang pula beberapa kali berjaya dijinakkan Kuala Lumpur sehingga kedua-dua pasukan buntu mengatur strategi demi strategi.

Namun, kebuntuan berakhir apabila Kuala Lumpur menerusi Harvender Singh berjaya menghasilkan gol menerusi jaringan padang pada minit ke-70 yang mengesahkan kejuaraan Kuala Lumpur.

Sementara itu, Melaka berjaya menduduki tempat ketiga kejohanan Hoki Piala Razak apabila menumpaskan Johor 4-3.

Johor memulakan jaringan gol apabila Balit Singh membuat pukulan sudut penalti pada minit ke-14.

Johor menambah gol kedua menerusi Joel Samuel Van Huizen pada minit ke-20.

Bagaimanapun, kegembiraan pasukan Johor meraikan dua gol pertama tidak lama apabila Melaka menjaringkan gol pertama menerusi Chua Boon Huat pada minit ke-30.

Pada babak kedua pula, Melaka berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan padang Boon Huat pada minit ke- 43.

Namun, Johor berjaya memintas Melaka dengan jaringan sudut penalti oleh Shaheeb Shah Halim Shah.

Melaka sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan apabila Amirrullah Zainul menjaringkan gol menerusi jaringan sudut penalti pada minit ke-65.

Boon Huat sekali lagi menjadi wira Melaka apabila berjaya menjaringkan gol hasil jaring padang sekali gus berjaya memenangi perlawanan ini.

Sementara itu, Pahang berjaya menduduki tempat pertama Divisyen 2 selepas mengalahkan Singapura 2-0 sekali gus melayakkan Pahang bersaing dalam Divisyen 1 pada tahun depan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...