Buat julung kalinya, STAR mengadakan Karnival Sukan STAR-MCKK Bawah 14 Tahun. Dua sukan, iatu ragbi dna hoki menjadikan STAR sebagai veneu, manakala bola baling, bola sepak, bola keranjang dan catur berlangsung di MCKK, Kuala Kangsar.
Bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh STAR bertemu dengan MCKK pada 13 September 2012. Dalam aksi selama empat puluh minit ini, STAR diwakili oleh para pelajar tingkatan 2 yang diketuai oleh Kapten Aiman Nazmi.
Dalam separuh masa pertama, STAR bermain agak kelam kabut kerana gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang termasuklah beberapa pukulan sudut penalti yang diberikan. Begitu juga para pemain gagal mengikut arahan yang diberikan oleh jurulatih. Keputusan separuh masa ke pertama 0-0.
Dalam separuh masa ke dua, STAR menukar sedikit taktik permainan dengan mengarahkan para pemain tengah untuk banyak membuat hantaran jauh dna terus ke dalam kotak penalti. Hasilnya STAR berjaya menjaringkan TIGA gol pada separuh masa ke dua. Gol pertama adalah dari gerakan Darwish yang disudahkan oleh Syafiqie, manakala gol ke dua juga melaui Syafiqie yang berjaya merampas bola daripada pertahanan MCKK. Dan Ariff Aiman berjaya meletakkan nama sebagai penjaring pada minit terakhir perlawanan setelah berjaya memperdayakan beberapa orang pertahanan MCKK dan menjaringkan gol melalui tolakan yang padu. Keputusan kekal STAR menewaskan MCKK 3-0.
Alhamdulillah, kejayaan pertama kepada pasukan Bawah 14 tahun STAR. Semoga terus berusaha dengan bersungguh-sungguh agar kejayaan lain pula akan menyusul selepas ini.
Pasukan B14 STAR
Bersalam-salaman sebelum memulakan perlawanan.
Pertahanan MCKK cuba menyelamatkan keadaan di luar kawasan D.
Beberapa aksi perlawanan.
STAR menguasai bahagian tengah. Kredit kepada Aman.
Meraikan kemenangan dengan ROUSE UP
0 comments:
Post a Comment