Powered by Blogger.

Monday, September 24, 2012

PERAK GAH DI SEREMBAN


PERAK mendominasi Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Premier Peringkat Kebangsaan 2012 bagi acara ragbi lelaki dan hoki perempuan, apabila menjuarai kedua-dua acara itu pada kejohanan berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Kedua-dua wakil mereka, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) bagi acara ragbi dan Sekolah Menengah Raja Perempuan (SMRP) Ipoh bagi acara hoki, mempamerkan kehebatan untuk melakar kemenangan pada aksi final untuk pulang dengan trofi kejuaraan.

Acara ragbi berlangsung di padang Sekolah Menengah King George V (SMKGV) Seremban manakala hoki di Stadium Hoki Seremban 2.



STAR menewaskan Sekolah Menengah Sains Sultan Abd Halim (SAH) Alor Setar, Kedah manakala tempat ketiga SMKGV, yang menewaskan SMK Yahya Petra 1 (SYP) Kota Bharu Kelantan.


Sementara, SMRP menewaskan SMK Puteri Seremban untuk menduduki naib johan manakala di tempat ketiga dan keempat, masing-masing SYP dan SMK St George Pulau Pinang.



Keseluruhan setiap acara membabitkan saingan tujuh pasukan termasuk Maktab Tentera Diraja Sungai Besi, Sekolah Menengah La Salle Sabah, Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru bagi acara ragbi manakala SMK Convent Bukit Nenas, Maktab Sabah dan SMK Sultan Ibrahim Johor Bahru, bagi acara hoki.




Hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli di Klana Resort Seremban dan hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Khalsom Khalid.


Shamsulkahar berkata, sekolah premier menunjukkan prestasi membanggakan bukan saja berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang malah ahli sukan berbakat besar dan berprestasi tinggi.



Menurutnya, sekolah premier menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah yang sedang dibangunkan di kawasan bandar besar dan mereka sudah membuktikan dalam melahirkan ramai atlet muda berbakat besar.


“Melalui tradisi kecemerlangan itu, sekolah premier menjadi lambang kebanggaan negara yang berjaya melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik dan sukan. Saya berharap sekolah harian biasa dapat mencontohi sekolah ini,” katanya.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...