Powered by Blogger.

Thursday, November 28, 2013

PERAK, SELANGOR MUNCUL JUARA KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN KEBANGSAAN 2013

PERAK muncul juara Kejohanan Kebangsaan Hoki Lelaki bawah 14 tahun selepas menumpaskan Kuala Lumpur 2-0, pada pertandingan akhir di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu, malam tadi.
Gol Perak diperoleh menerusi jaringan padang penyerang Muhammad Aliff Ikhemal seawal minit ke-7 separuh masa pertama dan Arif Sabron pada minit ke-60 separuh masa kedua.  Kuala Lumpur memperoleh peluang sekurang-kurangnya lima tolakan sudut pada separuh masa pertama namun gagal memanfaatkannya. 

Perak menguasai permainan terutama pada babak kedua apabila menyekat segala  asakan barisan serangan Kuala Lumpur sehingga wisel penamat.  Hadiah disampaikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan juara membawa pulang RM8,000 dan naib juara menerima RM5,000 manakala tempat ketiga  RM3,000.  Terengganu, yang menjadi tuan rumah kejohanan, sekadar berpuas hati dengan  tempat ketiga selepas menewaskan Melaka 3-2. 

Bagi kategori perempuan, Selangor muncul juara setelah menumpaskan Pulau Pinang  5-3 pada perlawanan akhir di gelanggang sama.  Empat belas pasukan lelaki dan 11 pasukan wanita mengambil bahagian dalam kejohanan 10 hari, yang bermula 17 November lalu. 



Sumber : Bernama





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...