Powered by Blogger.

Tuesday, November 12, 2013

STAR PERTAHANKAN KEPALA BATAS OPEN

Pasukan Hoki Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh berjaya mengekalkan kejuaraan Kejohanan Hoki Jemputan SM Sains Kepala Batas yang berakhir di Sungai Petani, semalam. Dalam aksi final, STAR yang merupakan juara bertahan berjaya menewaskan pasukan dari Selangor iaitu INTERSABER dengan keputusan 2-0. Sebelum itu, STAR berjaya menumpaskan SERATAS 2-1 dalam aksi semi final manakala INTERSABER pula menewaskan SM Sains Sultan Muhammad Jiwa dalam satu lagi  aksi peringkat separuh akhir.

Sebelum memulakan aksi perlawanan.

Dalam kategori wanita, pasukan tuan rumah , SM Sains Kepala Batas berjaya mengekalkan kejuaraan dengan menewaskan INTERSABER. Kemenangan SAKBA terpaksa ditentukan melalui pukulan penalti shoot out setelah ke dua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga tamat masa permainan. 

Berikut merupakan keputusan melibatkan STAR

Kumpulan

STAR v SMS Kepala Batas (0-0)
STAR v SEMASHUR (1-0)
STAR v SM Sains Muhammad Jiwa (2-0)

Separuh Akhir

STAR v SERATAS 2-1

Akhir

STAR v INTERSABER 2-0



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...