Powered by Blogger.

Sunday, November 13, 2016

STAR ANACONDA CEMERLANG DI UPSI

Kejohanan Hoki Dewan UPSI Kali ke-10 telah diadakan pada 11-12 November 2016 bertempat di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI Tanjung Malim. Seperti biasa STAR Hockey telah menghantar sebuah pasukan untuk memeriahkan kejohanan. Pada edisi kali ini beberapa buah pasukan ternama seperti Sekolah Sukan Malaysia Sabah, penang Free School dan MBPJ turut menghantar penyeraan. 

STAR telah diletakkan dalam kumpulan A bersama Bukit Sentoasa Eagles, MVPJ Tigers dan Baracuda. Alhamdulillah STAR berjaya muncul Johan Kumpulan dan diperingkat suku akhir STAR bertemu pasukan Khir Johari. Alhamdulillah kemenangan 1-0 telah membawa STAR ke separuh akhir.

Beradu tenaga bersama SERATAS VENOM bukanlah mudah. Perlawanan terpaksa diputuskan melalui pukulan penalti strok. Akhirnya STAR menang 2-1. STAR layak ke final dan bertemu Penang Free School. Walaupun cuba memberi tentangan sebaik mungkin, namun STAR terpaksa akur apabila tewas 0-2. Apapun inilah kali pertama STAR layak ke final. Tahniah buat semua pemain dan jurulatih.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...