Powered by Blogger.

Sunday, November 13, 2016

STAR ANACONDA RAIH TEMPAT KE DUA KEJOHANAN TERBUKA IPOH LADS

Pada 4-5 November 2016 STAR telah menyertai Kejohanan Hoki Terbuka Ipoh Lads bertempat di Stadium Azlan Shah, Ipoh. Kejohanan selama dua hari ini telah menerima penyertan sebanyak 100 pasukan melibatkan 1000 pemain. Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Bawah 12, 14 dan 16 tahun. STAR telah menghantar 4 pasukan iaitu 2 pasukan bawah 14 tahun dan dua pasukan bawah 16 tahun. Walau bagaimanapun dalam kategori Bawah 14 tahun, STAR terkandas di peringkat suku akhir.

Dalam kategori Bawah 16 tahun, pasukan STAR BLUE melayakan diri ke peringkat separuh akhir tetapi tewas kepada pasukan SMSS Muhammad Jiwa 1-0. Berbeza dengan pasukan STAR RED yang berjaya mengorak langkah hingga ke peringkat akhir. Dalam aksi final STAR RED  telah bertemu dengan pasukan Bangsar Boys. Namun, sayang walaupun cuba memberi tentangan yang sengit, STAR tewas 0-1. Walau bagaimanapun, kejayaan layak ke final adalah satu pencapaian yang amat membanggakan. Tahniah STAR ANACONDA.







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...