Powered by Blogger.

Sunday, November 13, 2016

STAR JUARA SULUNG KEJOHANAN ANACONDA CHALLENGE TROPHY U15 SBP

Menyedari betapa program pembangunan adalah sangat penting, maka STAR telah menganjurkan satu kejohanan di peringkat pembangunan iatu Anaconda Challenge Trophy Inter SBP Bawah 15 Tahun. Sebanyak 12 buah pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan selama dua hari tersebut. Alhamdulillah, kejohanan telah berjalan dengan lancar. Antara sekolah yang mengambil bahagian ialah SERATAS, MCKK, SBPI Gopeng, SMS Rembau, Sekolah Sultan Alam Shah, SMS Sultan Muhammad Jiwa, SMS Kubang Pasu, SMS Kepala Batas, SMS Batu Pahat dan SM Sains Johor. 

Kejohanan yang pertama kali diadakan ini telah menemukan STAR dan SMS Johor di perlawanan akhir. Alhamdulillah, STAR berada pada kedudukan yang tersendiri apabila muncul johan menewaskan SMS Johor 7-0. Muhammad Syahmi Syahir muncul Penjaring Terbanyak, Muhammad Zulhilmi bin Yusri pula dinobatkan pemain terbaik kejohanan. Anugerah Penjaga Gol terbaik diberikan kepada penjaga gol MCKK.







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...