Powered by Blogger.

Saturday, June 18, 2011

PERAK MUNCUL JUARA KEJOHANAN HOKI MSSM 2011


Al-hamdulillah pasukan lelaki B18 Perak telah muncul johan dalam Kejohanan Hoki MSSM 2011 yang berlangsung di Johor Bharu. Untuk pengetahun semua, pasukan Perak kali ini telah dibimbing oleh Coach Mohd Nizam bin Hashim dan Encik Jamaluddin.  Berikut merupakan keputusan peringkat kumpulan, suku akhir, separuh akhir dan akhir melibatkan pasukan Perak.

Peringkat Kumpulan (B)

PERAK VS KEDAH (8-0)
PERAK VS NEGERI SEMBILAN (5-2)

SUKU AKHIR

PERAK VS SELANGOR (4-1)

SEPARUH AKHIR

PERAK VS KUALA LUMPUR (7-2)

AKHIR

PERAK VS TERENGGANU (3-1)

Tahniah kepada semua pemain, jurulatih (Cg Nizam, Cg jamal) dan pengurus kerana membawa nama Perak menjulang piala kemenangan.

Keputusan Penuh Kejohanan HOKI MSSM 2011

LELAKI B 18

Johan : Perak
Naib Johan : Terengganu
Ketiga : Kuala Lumpur

LELAKI 12

Johan : Kuala Lumpur
Naib Johan : Kelantan
Ketiga : Pulau Pinang

PEREMPUAN B 18

Johan : Selangor
Naib Johan : Terengganu
Ketiga : Melaka

PEREMPUAN B 12

Johan : Kelantan
Naib Johan : Terengganu
Ketiga : Negeri Sembilan

Penjaring Terbanyak :

Lelaki B 18 : Mohamad Khairul Anuar bin Zakaria (Terengganu/10 gol)
Lelaki B 12 : Ahmad Firdaus bin Azmi (Kuala Lumpur/5 gol)
Perempuan B 18 : Hanis Nadiah binti Onn (Johor/8 gol)
Perempuan B 12 : Ellya Amanina bt Elias (Selangor/13 gol)






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KEJOHANAN 1 MAS KEBANGSAAN

Alhamdulillah nampaknya program bakat 1 Mas yang diadakan memberikan sinar harapan buat pasukan STAR. Seramai 12 orang pemain STAR terpilih mewakili Perak dalam Kejohanan Hoki 1 Mas Kebangsan yang berlangsung dari 6-12 Jun 2011 di Seremban, Negeri Sembilan. Antara bakat-bakat muda yang terpilih adalah :

1) Muhammad Faris Habeha (Tingkatan 4)
2) Muhammad Nur Alham (Tingkatan 4)
3) Muhammad Rizuan Ramli (Tingkatan 3)
4) Muhammad Firdaus Muhd Zaki (Tingkatan 3)
5) Raja Zainudin (Tingkatan 2)
6) Muhd Iqbal  (Tingkatan 2)
7) Muhd Izham Nisha  (Tingkatan 2)
8) Amir Saifullah  (Tingkatan 2)
9) Amirul Hafiz  (Tingkatan 2)
10) Muhammad Zaim  (Tingkatan 2)
11) Muhaamad Ridhwan  (Tingkatan 2)
12) Azam Azfar  (Tingkatan 2)

Dalam pertandingan yang diadakan di Seremban ini pasukan Perak diletakkan dalam kumpulan B bersama Pahang, Terengganu dan Pualau Pinang. Mereka menang sekali, dan tewas dua kali. Seorang pelajar STAR, Izham Nisha telah mendapat tempat pertama dalam sklill test yang diadakan untuk kategori 14 tahun. Tahniah diucapkan. Semoga pendedahan sebegini akan mampu melahirkan para pemain yang lebih berkualiti pada masa akan datang, InsyaAllah.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, May 17, 2011

TAMAT SUDAH PERJUANGAN

Hari ini STAR akan meneruskan perjuangan hidup dan mati. Perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan pada sebelah pagi. Perlawanan pertama menentang juara bertahan SM Sains Machang pada jam 7.30, manakala perlawanan ke dua menentang Sekolah Sultan Alam Shah pada jam 11.00 pagi. Berbekalkan semangat yang tinggi, kami turun menentang SMS Machang. Entah mengapa, langkah serba sumbang. Pukulan tak menjadi, hantaran tidak tepat, dan para pemain gagal mengawal kegugupan mereka di padang. Tidak seperti ketika di peringkat zon, strategi dan taktikal STAR langsung tidak menjadi. Hasilnya walau telah mencuba, kami TEWAS dengan 0-2. Gol pertama datangnya melalui pukulan sudut penalti yang berjaya dilaksanakan oleh SMS Machang dengan jayanya. Ridzwan hilang fokus, serba-serbi tidak kena di atas padang. Pertahanan STAR bagaikan luluh dan begitu longgar. Sementara itu, penyerang-penyerang STAR pula gagalmenahan bola dengan betul seterusnya menimbulkan lagi rasa kecewa dalam kalangan pemain. Tamat perlawanan. Sungguh jelas kekecewaan terpancar di wajah setiap pemain. Faktor utama kekalahan pada perlawanan ini adalah kekurangan tumpuan pemain STAR. Kami juga tewas kerana keputusan pengadil yang sangat tidak profesional (namun tidak perlulah dipertikaikan lagi, keputusan pengadil adalah muktamad). Namun, kami masih sempat bernyawa, perlawanan menentang SAS nanti, merupakan perlawanan hidup dan mati. Kalau tewas, kami tersingkir.



Menentang Sekolah Sultan Alam Shah, kami hadir dengan semangat yang baru setelah dibancuh oleh Coach Nizam, Nizam Rani dan Cikgu Shahnun. Bermain di bawah panas terik mentari, cubaan demi cubaan terus kami lakukan untuk memecahkan kebuntuan. Namun, nasib juga tidak menyebelahi kami. Peluang terbaik bagi STAR memecah kebuntuan   adalah apabila Ahmad Nur Alham berjaya memintas hantaran pemain pertahanan SAS lalu mewujudkan situasi 1 lawan 1 antara dirinya dengan penjaga gol SAS. Kekecewaan menyelubungi pasukan apabila Alham gagal memanfaatkan kelebihan tersebut. Walaupun telah menguasai hampir keseluruhan perlawanan, akhirnya gol juga yang menjadi pemisahnya. Walaupun banyak bertahan, SAS berjaya mencuri satu gol melalui pukulan sudut penalti pada minit ke 18 perlawanan, sedangkan STAR yang mendapat tujuh pukulan sudut penalti, gagal memanfaatkan kelebihan itu. Akhirnya kami tewas dan tersingkir dari kejohanan.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, May 10, 2011

PERJALANAN KE KUALA TERENGGANU

Alhamdulillah, perjalanan ke Kuala Terengganu walaupun sungguh memenatkan, namun kami tetap ceria dan bersemangat untuk bertanding. Entah bagaimana keputusannya nanti, samada berkubur di tengah jalan, mahupun terus mengukir gemilang. Anaconda abadikan beberapa keping gambar sepanjang perjalanan dan juga hari pertama memijak bumi Kuala Terengganu untuk menyahut cabaran Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2011.


Berhenti rehat seketika di Hentian Titiwangsa, Hulu Perak. Sejuk nya kawasan ni.


Kami singgah makan, solat dan membeli belah di Bukit Bunga, Jeli Kelantan. Haha, nampak monyet tu, macam OB dan Bun-J


Rizuan ketiduran. Penat agaknya menempuh perjalanan selama sepuluh jam.


Pemain bergambar kenangan di hadapan bas selepas tiba di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu (SESMA)


Sedang bergerak menuju ke tempat taklimat pertandingan di dataran perhimpunan SESMA.

Semoga kejayaan mengiringi kami esok hari!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, May 4, 2011

KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN TAHUN 2011 MEMBUKA TIRAI

Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Kebangsaan akan berlangsung di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Terengganu. Kejohanan kali ke-6 ini dijangka dilangsungkan pada 5 hingga 9 Mei 2011. Untuk kategori lelaki sebanyak 10 pasukan yang mewakili lima zon akan beradu kekuatan dan kehebatan bagi merebut kejuaraan. Siapakah bakal membawa pulang gelaran juara untuk edisi ke-6 ini? Berikut, undian kumpulan bagi kesemua pasukan.

              
  Kumpulan A

 SM SAINS MACHANG (N/JUARA BERTAHAN)
 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN
 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 

Kumpulan B

SM  SAINS JOHOR (JUARA BERTAHAN)
 SM SAINS KUCHING
 SM SAINS SULTAN MAHMUD 

Kumpulan C

 SM SAINS TUANKU MUHAMMAD FARIS PETRA 
 MAKTAB TENTERA DI RAJA
 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH
 SBPI SELANDAR  






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

INDIA TERJAH ANACONDA

Pada 1 Mei 2011 yang lepas, sewaktu sedang menjalani latihan di stadium hoki Sultan Azlan Shah, kami dikejutkan dengan kehadiran pasukan hoki kebangsaan India yang atang untuk menyaksikan kami melakukan latihan. Pasukan Hoki India akan menyertai Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah ke-20 dari 5 hingga  15 mei 2011. Perasaan  kami agak teruja kerana bertemu dengan antara pasukan terbaik di dunia. Pada hari tersebut kami sempat berbual-bual tentang hoki dan mengambil gambar bersama sebagai tanda kenang-kenangan.


Good luck diucapkan kepada pasukan India. Semoga kejayaan untuk anda nanti!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, May 2, 2011

KEPADAMU KAMI BERMOHON


Saat lelah, saat susah, dan saat senang
Hanya kepada Allah kami bermohon
Agar dipermudahkan segala urusan kami
Semoga dikau wahai Penolong Yang Agung
Kau perkenankan doa hamba-hambamu ini
Kau berilah kekuatan kepada pasukan ini
Diatas penyatuan dan perpaduan ini
Kesungguhan dan keiltizaman kami ini
Agar segala perancangan kami akan dimakbulkan
Aminn Ya Rabbal Alamin.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...