Old Boys Weekend 2010 tiba lagi. Saat yang ditunggu-tunggu, iaitu perlawanan dengan bekas pelajar (STAROBA) sememngnya dinantikan oleh semua pemain. STAR sememngnya memiliki sejarah permainan hoki yang hebat suatu ketika dahulu dan pernah melahirkan pemain di peringkat kebangsaan. Pada 18 Julai 2010 bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, STAR telah bertemu STAROBA untuk melihat sejauh mana kemampuan present boys.
Pasukan STAROBA diketuai oleh bro Iskandar Rashdan semangnya memiliki reputasi yang hebat. Dalam perlawanan sebelumnya, STAR pernah tewas 10-1. Manakala perlawanan terakhir berkesudahan STAROBA menang 2-1 pada tahun 2008. Kali ini, kami berazam untuk menunjukkan sesuatu hasil buat senior kami.
Dengan semangat juang yang tinggi,STAR yang rata-rata dibarisi oleh pasukan bawah 16 tahun, begitu bersemangat untuk merobek gawang pihak lawan. Perlawanan diadakan selama 4 quarter iaitu 16 minit untuk 2 quater pertama, 10 minit untuk quarter ke-3 dan quarter terakhir selama 16 minit. STAROBA diwakili oleh bekas-bekas pemain yang masih memiliki sentuhan yang hebat.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi mencari gol awal. Akhirnya gol yang dinantikan tiba apabila Nafis Adzhar melakukan tindakan bijak dan menjaringkan gol. Manakala gol ke dua tiba apabila Aiman Shahir berjaya membuat reflek bola yang dihantar oleh Aiman Zairuddin, Perlawanan berkesudahan STAR menang 2-1. Alhamdulillah, kemenangan ini sangat bermakna selepas sekian lama STAROBA mengungguli kemenangan, kami berjaya juga mencipta sejarah kali ini.
2 comments:
Saya bukan kapten lah.
Cuma ada rekod unik aje kat STAR. Tak pernah terlepas masuk team sekolah U-15 & U1-8 sejak form 2, TAPI tak pernah sekali pun 1st XI. :p
Pasal tu end up jadi umpire hehehehe
last year sepatutnya rekod tu lebur....sbb ada fantastic 5
Post a Comment