Powered by Blogger.

Tuesday, December 20, 2011

DARI HIJAU MENJADI BIRU

Alhamdulillah, akhirnya Stadium Sultan Azlan Shah telah bertukar wajah. Turf hijau telah digantikan dengan warna biru, ke dua seumpamanya di dunia selepas stadium hoki Olimpik. Sebagai rakyat Malaysia dan Perak khususnya, kami sangat berbangga memiliki stadium bertaraf dunia ini. InsyaAllah kejohanan MSSD Kinta Utara yang dijadualkan pada bulan Januari 2012 akan menjadi medan terbaik untuk bermain di stadium terbaik. Terima kasih buat Presiden Hoki Asia, Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana merealisasikan hasrat melihat stadium astroturf bewarna biru yang pertama di Malaysia. Daulat Tuanku !!


Turf Hijau dalam kenangan



Biru stadiumku


Bahagian luar turf bagi membezakan kawasan permainan pula bewarna ungu

Ayuh, semangatlah wahai Anaconda's..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

4 comments:

Citrus Azwa said...

wahhh..dh bertukar wajah...;) tahniah atas perubahan itu..;)

-ZEL- said...

baru nak try.. tengok2 dah keluar STAR.. atoi T.T

Isss said...

Nak kata padang kedua seumpamanya di dunia selepas London, kurang tepat sebenarnya.
Dah banyak padang biru yg siap selepas London.
In fact, padang biru yg pertama (menganjurkan pertandingan) Kejohanan Hoki Perempuan Eropah Bawah 21 di Valencia Sepanyol tahun 2008.

Sekadar berkongsi

Isss said...

http://picasaweb.google.com/101903607295928534025/EuroHockeyJuniorNationsChampionshipWomen

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...