Powered by Blogger.

Sunday, December 25, 2011

TENGKU ABDULLAH MAHU LIGA HOKI REMAJA KEBANGSAAN DITERUSKAN

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persatuan Hoki Malaysia berkata, Liga Hoki Remaja Kebangsaan yang akan bermula pada 9 Jan depan perlu diteruskan walaupun berhadapan dengan masalah stadium yang tidak berada pada tahap terbaik. 


Beliau mengakui terdapat stadium yang berada dalam keadaan tidak memuaskan dan pihaknya akan meminta persatuan negeri untuk berbincang dengan pihak berkuasa negeri terbabit bagi memperbaiki keadaan stadium berkenaan.


"Kita akui banyak stadium hoki berada bawah tahap yang kita harapkan, namun saya harap pihak berkuasa negeri dapat memberi keutamaan kepada stadium hoki, saya tahu memang perbelanjaan begitu besar, tetapi (buat masa ini) saya harap pemain, persatuan dan pasukan harus terus bermain juga walau dalam keadaan macam mana sekalipun," katanya.



aporan akhbar hari ini menyebut hanya 14 daripada 29 stadium hoki di Semenanjung Malaysia boleh digunakan untuk kejohanan Liga Hoki Remaja berkenaan. 

SUMBER : ARENA HOKI



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...