Powered by Blogger.

Friday, January 20, 2012

LIGA HOKI REMAJA : UNIKL BERMULA PERLAHAN


KUALA LUMPUR - Juara bertahan liga, UniKL Young Guns bermula dengan agak getir manakala juara keseluruhan, SSTMI-Thunderbolt mempamerkan kegarangan ketika masing-masing membuka tirai Liga Hoki Remaja Malaysia 2012, semalam.

Ketika UniKL sekadar mencapai kemenangan 2-1 ke atas MBPJ di Stadium Hoki Kuala Lumpur, tiada belas langsung diberikan SSTMI-Thunderbolt yang membelasah rakan sekolah, Remaja SSTMI 7-1 di Stadium Taman Daya, Johor Bahru.
UniKL mendahului menerusi N. Kaatigan seawal minit keenam tetapi menunggu sehingga minit ke-53 untuk gol kedua daripada Muhd. Haziq Samsul sebelum dirapatkan pemain MBPJ, T.C. Ganeisha, minit ke-64.

Pesta jaringan SSTMI-Thunderbolt di Johor Bahru pula dicatatkan dengan dua gol oleh Aminuddin Zain selain masing-masing satu sumbangan Afzanizam Zakaria, Sufi Ismat Rohulamin, Khairul Shafik Kasim, Shafiq Nordin dan Shahril Saabah.

Adegan sama turut berlaku di Stadium Kementerian Pelajaran, Kuala Lumpur apabila SSBJ membelasah rakan sekolahnya, Remaja SSBJ 6-0 hasil jaringan hatrik Redzhwan Jaffar selain satu daripada Fitri Ismail, Azrul Hasbullah dan Shahiram Zali.

Jurulatih UniKL Young Guns, K. Enbaraj berkata, apa yang penting ialah kemenangan pada perlawanan sulung walaupun ada beberapa muka baru mengambil masa untuk menyesuaikan diri.
Bekas pemain kebangsaan ini berkata, "kami menguasai 90 peratus permainan tadi namun perlu mengatasi banyak kelemahan khususnya dari segi penyudahan sama ada menerusi gerakan padang mahupun sudut penalti.

sumber : UTUSAN



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...