Powered by Blogger.

Saturday, March 3, 2012

PERJUANGAN HIDUP DAN MATI DI HALAMAN MUSUH


Sudah tiga hari pasukan hoki STAR  berada di bandar diraja Kuala Kangsar menyertai Kejohanan Hoki SBP Zon Utara 2012.  Alhamdulillah setakat semalam, STAR berupaya menunjukkan kejayaan yang agak baik apabila melepasi halangan awal menumpaskan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, masing-masing dengan keputusan 3-0 dan 4-0.

Dan pagi ini, pertemuan yang pastinya menjadi tumpuan adalah perlawanan peringkat suku akhir apabila pasukan STAR akan bertemu dengan musuh tradisi MCKK di peringkat SUKU AKHIR. Sudah tentunya tidak pernah dalam sejarah dalam apa-apa perlawanan, tidak menjanjikan pertemuan yang sengit antara ke dua-dua pasukan. Jurulatih  harus mempersiapkan pasukan yang bukan sahaja kuat fzikal dan taktikal bahkan ketahanan mental juga harus diambil kira. Ketika inilah bukan sahaja sebelas pemain terpaksa menentang sebelas pemain tetapi STAR terpaksa mengahadapi sokongan dan sorakan dari penyokong tuan rumah yang akan turun beramai-ramai memenuhi stadium.

Inilah perjuangan hidup dan mati kami di bumi Kuala Kangsar. Jika kalah maka kami akan tersingkir di HALAMAN musuh. Doakan anak-anak muda ini !InsyaAllah kami datang dengan harapan, kami akan pulang dengan kejayaan. 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...