Powered by Blogger.

Monday, March 5, 2012

THUNDERBOLT JUARA BERGANDA

IMPIAN Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Thunderbolt muncul juara berganda Liga Hoki Remaja Malaysia (LHRM) 2012 tercapai apabila mengatasi UniKL 2-1 di Stadium Azlan Shah, Ipoh, semalam.

Jaringan Muhammad Firhan Ashaari pada m-41 diikuti sentuhan pemusnah, Muhammad Aminuddin Mohd Zain sembilan minit sebelum tamat, memastikan pasukan yang dahulu dikenali sebagai Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) itu muncul juara keseluruhan sekaligus meraih hadiah wang tunai RM25,000 untuk jumlah keseluruhan RM40,000 buat kali pertama.


Begitupun seperti dijangka UniKL, satu-satunya pasukan yang mempunyai kemampuan setara dengan anak buah Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahman berjaya membawa cabaran kepada pasukan pilihan itu.


Malah skuad kendalian K Embaraj itu berjaya mengejutkan lawan seawal minit keenam permainan melalui jairngan Fahad Saifullah Shahrom Jamil dari gerakan pukulan sudutu penalti.


Bagaimanapun gol itu menyentak pemain-pemain SSTMI yang menggandakan usaha tetapi beberapa percubaan tepat ke arah gawang lawan berjaya diselamatkan penjaga gol UniKL, Mohd Fitri Jasni.



Namun Fitri tidak terdaya berbuat apa-apa untuk menyekat jaringan Firhan yang turut diisytihar Pemain Terbaik Kejohanan dan tindakan pemusnah Aminuddin untuk menghalang kejayaan lawan.



“Saya bersyukur dengan kejayaan ini. Pemain bermain bersungguh-sungguh untuk menghasilkan kejayaan ini.


“Saya memang menjangkakan tentangan sengit tetapi pemain tidak patah semangat. Sebaliknya mereka terus berjuang hingga ke wisel penamat hingga berjaya mengecap kemenangan ini.


“Saya lega kerana pemain mengikut arahan supaya menyelesaikan isu ini dalam tempoh 70 minit permainan,” kata jurulatih itu.


Wan Mohd Roslan bagaimanapun mengakui aksi anak buahnya agak terjejas berikutan jadual perlawanan ketat yang memaksa mereka bermain lima perlawanan dalam tempoh beberapa hari sejak suku akhir, Rabu lalu.



“Bukan kami sahaja yang terjejas, sebenar keempat-empat pasukan yang beraksi dalam separuh akhir gagal mengekalkan persembahan masing-masing.



“Namun saya lega kerana segalanya sudah berakhir dan pemain kini boleh berehat panjang selepas mengharungi musim yang penuh cabaran,” katanya.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...