Faris Petra lelaki gagal mempertahankan kejuaraan 2011 apabila tewas dalam penentuan penalti. Perlawanan akhir petang kelmarin terpaksa ditamatkan dengan pukulan penalti kerana hujan lebat yang turun ketika masa kedua sedang berlangsung. Ketika Faris Petra menyerang bertali arus ke gawang gol SMACH sehingga membuahkan peluang-peluang terbaik menjaringkan gol, pengadil terpaksa menghentikan perlawanan hampir 45 minit. Memandangkan kesuntukan masa dan cuaca buruk, pihak teknikal dan pengurus pasukan masing-masing bersetuju menamatkan perlawanan dengan penentuan penalti. Situasi mendebarkan berterusan selepas kelima-lima orang pemain yang mengambil pukulan penalti gagal membantu kejayaan pasukan masing-masing. Pukulan penalti 'sudden death' terpaksa dijalankan, dan berterusan sehingga ke pusingan kedua sebelum SMACH akhirnya berjaya menjaringkan gol yang dinanti-nantikan itu.
Walaupun gagal mempertahankan juara namun 3 orang pemain Faris Petra telah diumumkan sebagai:-
- Penjaring terbanyak kategori 18 lelaki
- Penjaga gol terbaik kategoti 18 lelaki
- Penjaga gol terbaik kategori 18 perempuan
SUMBER : FARIS-PETRA.COM
0 comments:
Post a Comment