Powered by Blogger.

Sunday, February 26, 2012

SEKOLAH SERI PUTERI DAN SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH JUARAI HOKI SBP ZON TENGAH 2012

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya muncul sebagai JOHAN Kejohanan Hoki SBP Zon Tengah (kategori perempuan) setelah berjaya menewaskan pasukan SMS Selangor dengan jaringan 1 gol tanpa balas. Gol yang dijaringkan seawal minit pertama permainan sekaligus menghampakan SMS Selangor yang gagal menebus kekalahan pada Kejohanan Hoki SBP Zon Tengah Tahun 2011. Perlawanan berlangsung di gelanggang A, Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada jam 11.00 tengahari.

Pada pusingan awal, SSP menewaskan SMAP Kajang dan SBPI Sabak Bernam untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Pada peringkat separuh akhir yang berlangsung pada jam 9.00 pagi, pasukan SSP dengan bergaya menewaskan SMS Hulu Selangor dengan jaringan 8 gol tanpa balas. Pertandingan akhir didominasi sepenuhnya oleh SSP, namun nasib tidak menyebelahi SSP untuk menambah jaringan. Pemain SSP juga telah berjaya menggondol anugerah penjaring terbanyak sepanjang kejohanan manakala Nurizzatul Habibah yang memakai jersi no 10, Murid T1 SSP Cyberjaya telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik. 

Syabas dan tahniah kepada pasukan SSP, semoga impian untuk menjadi Juara Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan yang akan berlangsung di Johor Bharu pada Mei nanti akan menjadi kenyataan. Tahniah juga kepada SMS Seri Puteri yang berjaya mengelolakan pertandingan ini dengan baik dan lancar. Kalungan tahniah juga kepada SSAS Putrajaya yang menjuarai kategori lelaki setelah menewaskan SMS Hulu Selangor.

SUMBER : SERIPUTERI



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...