Powered by Blogger.

Wednesday, February 1, 2012

STAR LOLOSKAN DIRI KE SEMI FINAL

Hari ke tiga Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara telah dilangsungkan pada peringkat suku akhir. Dalam peringkat ini STAR diundi bertemu SMK St Michel, ACS Ipoh menentang SM Teknik Lebuh Cator, SMK Sungai Pari bertemu SMK Tanjung Rambutan dan Anderson melayan kunjungan SMK Tambun.


Bertemu St Michel, iaitu satu kuasa hoki di Kinta suatu waktu dahulu, STAR telah mengatur strategi menyerang sejak awal. Para pemain STAR ingin membunuh semangat ST Michel dengan gol awal. Dan hasilnya STAR mendahului melalui jaringan Iqbal seawal minit ke 2. Selepas itu STAR terus menguasai perlawanan namun masih gagal menambah jaringan kerana St.Michel telah berkubu di laman sendiri. Dan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.


Separuh masa ke dua, STAR menggandakan asakan dan akhirnya kebuntuan yang dicari berjaya diatasi dan STAR berjaya menambah dua lagi gol hasil jaringan Faris Habeha dan Zahran Syahmi menjadikan keputusan 3-0 dan keputusan ini kekal sehingga tamat perlawanan. Kesudahannya STAR 3, St Michel 0.

Esok merupakan perlawanan yang getir menanti pasukan anak muda ini kerana menanti di separuh akhir adalah ACS ipoh yang ternyata memiliki gaya permainan berbeza dengan pasukan-pasukan yang lain. Apatah  lagi mereka merupakan naib juara tahun 2011. Doakan STAR berjaya meloloskan diri ke final nanti.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

1 comments:

BTS said...

tahniah dari starian88

Entry Terkini Blog2shout: Klik sini..:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...